Connect with us

Oh! Media

“Semua Takut Nak Beli, Seram Tengok Harga”- Peniaga Nasi Tomato RM10 Akui Terpaksa Naik Harga

bazar ramadan

Oh! Makan

“Semua Takut Nak Beli, Seram Tengok Harga”- Peniaga Nasi Tomato RM10 Akui Terpaksa Naik Harga

Banyak betul komplen tentang barang naik harga sekarang ni. Nanti bila dah kuatkuasa gaji minimum RM1,500, bertambah lagilah alasan peniaga nak naikkan harga barang mereka.

ADVERTISEMENT

Sekarang ni, orang ramai mengeluh pula bila peniaga di bazar Ramadan turut menaikkan harga dengan alasan harga barang basah sudah naik. Disebabkan itu, mereka terpaksa menaikkan harga bagi menamung modal yang dikeluarkan.

Orang ramai bagaimanapun memahami keadaan peniaga ketika ini dan menganggap harga yang ditawarkan masih berpatutan dan masuk akal.

Kata peniaga nasi tomato dan sate di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Latifah Mohd Hassan, 58, dia terpaksa menaikkan harga jualan sate dengan peningkatan 20 sen manakala nasi tomato meningkat RM2 berbanding harga sebelum ini.

Nasi tomato sekarang saya jual RM10 dengan satu per empat bahagian ayam berbanding RM8. Manakala sate ayam RM1 berbanding 80 sen secucuk sebelum ini dan sate daging pula naik kepada RM1.20.”

Jelasnya lagi, pembekal ayam dan daging yang dibeli menaikkan harga dua bahan mentah itu. Lebih merumitkan, pembekal turut memaklumkan bahawa bekalan ayam muda sudah tiada.

Begitu juga, dengan peniaga otak-otak, Mohd Muhaimin Md Aliman, 28 tahun yang terpaksa menaikkan harga jualan pepes ayam dari RM1 kepada RM1.10.

Namun begitu, dia akui bersyukur kerana pelanggan menerima dengan baik situasi yang dialami peniaga.

Sementara itu di Facebook, ramai netizen memberikan komen masing-masing di mana rata-ratanya tahu tentang kenaikan harga itu selain ada yang ‘berkempen’ supaya orang ramai memasak di rumah sahaja.

Apapun bagi mereka yang berkemampuan atau mempunyai duit lebih, pergilah bantu membeli dengan peniaga kita. Mereka sudah lama tidak dapat meniaga seperti ini dan sekaranglah waktunya untuk bangkit. #kitajagakita

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas