Connect with us

Oh! Media

“Abang Nak Melur Tak Malam Ni?”- Skrip Drama Melayu Ini Dah Dikira ‘Softp*rn’ Dan Memalukan

drama melayu

Oh! Artis

“Abang Nak Melur Tak Malam Ni?”- Skrip Drama Melayu Ini Dah Dikira ‘Softp*rn’ Dan Memalukan

Kita sudah boleh bangga dengan kemunculan filem seperti Mat Kilau yang bangkitkan semangat pahlawan. Apa yang kita masih belum bangga adalah apabila masih banyak drama melayu yang lebih banyak tunjukkan perkara negatif berbanding positif.

ADVERTISEMENT

Terbaru, ada sebuah drama bertajuk ‘Melur Untuk Firdaus’ yang dilihat terlalu banyak memaparkan babak softporn. Babak atau skrip seperti ini amat tidak sesuai untuk tontonan umum di mana kanak-kanak bawah umur akan mudah terpengaruh.

@4lyvers firdaus tewas jgk 😂 #meluruntukfirdaus #meerqeen #annajobling ♬ boyfriend – 🙂

Perkara ini mula dibangkitkan di Facebook apabila netizen rasa kurang senang dan mengkritik skrip yang digunakan. Memang betul skrip itu digunakan untuk menunjukkan perbualan realistik antara suami dan isteri tetapi tidak bermakna ia sesuai ditontonkan kepada umum.

Menerusi video dimuat naik itu, skrip antara Melur dan Firdaus itu dikatakan mengandungi unsur ‘softporn’ serta ‘double meaning’.

“Melur lagi suka tengok muka abang, badan abang. Abang nak Melur tak malam ni?” – Skrip yang digunakan.

Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang mereka melalui ruangan komen di mana rata-ratanya menekankan tentang unsur lucah pada skrip tersebut.

Ada yang menyuarakan tentang program lawak yang mempunyai ‘double meaning’ dikecam habis-habisan tetapi drama Melayu sekarang pula semakin ke arah itu juga.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas