Dalam perkongsian #JUADAH di Ohmedia kali ini, kami nak berkongsi pula tempat yang menarik untuk kita berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan. Asyik buka puasa dekat rumah jer kan, sekali-sekala bawalah family buka puasa luar pula, tak gitu bang?!
Tempat berbuka yang Ohmedia nak kongsi dengan korang adalah di Restoran The Acre by Farm Fresh (UPM). Siapa tak kenal dengan Boss Susu, Azmi Zainal dan tak sangka pula Farm Fresh ada buka ladang lembu dekat Serdang ni. Suasana dan pemandangan dekat sini memang jarang kita dapat dekat KL wei! Korang tengok lah tu…
Pemandangan atas bukit matahari terbenam tu paling syahdu!
Cantik weh! Serius korang kena buka puasa sini. Tak sangka Farm Fresh ada restoran dengan tema open concept macam ni kan? Juadah berbuka yang disediakan memang tak mengecewakan dan superb sedap! Ada macam-macam jenis masakan yang disediakan dan menu berbeza setiap hari.
Tengok Boss Susu tengah cedok Daging Kurma Kawah, fuhh!
Pakej berbuka termasuk pakej Mini Zoo!
Dekat sini korang boleh santai-santai dan sambil tunggu waktu berbuka tu, kita boleh tengok lembu tengah lepak-lepak atas bukit dan boleh juga tengok banyak lagi haiwan peliharaan dekat Petting Zoo.
Kena datang awal 2 jam sebelum berbuka!
Kaki ootd mesti suka punya dengan tempat macam ni. Sebab tu kami cadangkan korang datang 2 jam awal sebelum waktu berbuka sebab kawasan ni luas dan korang kena pusing-pusing ambil gambar dekat sini.
Anak-anak pun mesti suka punya sebab dapat tengok haiwan dan berlari-lari bebas dekat padang yang luas ni.
Oh ya! Jangan lupa cuba ais krim Cream Hauz dan boba keluaran Farm Fresh…
Bila dah kenyang semua menyandarlah, apa lagi? Haha! Surau pun disediakan dekat sini, jadi sebelum nak menyandar ke apa, pergi solat Maghrib dulu.
Kalau korang berminat nak berbuka dekat sini, pakej yang disediakan amat berpatutan pada harga RM98+ setiap seorang dewasa sahaja. Bagi kanak-kanak 6 hingga 12 tahun akan dapat diskaun 50% dan bawah 6 tahun percuma sahaja. Untuk warga emas pula akan dapat diskaun 25%.
Sebarang info lanjut korang boleh usya website Farm Fresh dan boleh booking dekat situ.