Connect with us

Oh! Media

Pegawai Polis Langgar Zaharif Affendi Rupanya Pernah Lakukan Sesuatu Kepada Ibu Mengandung Di Kedai Pakaian

Oh! Tidak

Pegawai Polis Langgar Zaharif Affendi Rupanya Pernah Lakukan Sesuatu Kepada Ibu Mengandung Di Kedai Pakaian

Ada pendedahan baru mengenai seorang pegawai kanan polis yang merupakan suspek kepada kes kematian pelajar sekolah, Zaharif Affendi. Apa pula kali ini? 

ADVERTISEMENT

Menurut satu hantaran yang dikongsikan seorang individu di laman X, terdapat satu foto menunjukkan laporan polis dibuat seorang wanita melibatkan pegawai kanan yang berusia 44 tahun itu.

Suspek yang menyebabkan kematian adik Zaharif Affendi itu rupanya bukanlah kali pertama buat kesalahan undang-undang kerana sebelum ini dia pernah cederakan seorang wanita hamil di sebuah kedai pakaian. Melampau betul dia ni!

Dia masuk ke dalam kedai dan terus memaut leher saya dan terus menumbuk perut serta menolak badan saya berkali-kali ke mesin jahit. Saya mengalami kesakitkan di perut akibat tumbukan kerana saya sedang mengandung dan saya takut jadi apa-apa hal kemudian hari.

Bukan tu jer, mangsa juga berkata yang suspek juga turut memukul adik dan bapanya yang cuba untuk meleraikan pergolakan tersebut. 

Kemudian, ibu kepada lelaki berkenaan juga menyatakan rasa tidak puas hati kepada mangsa dan mengugut untuk datang ke rumahnya. Kes yang terjadi di Kelantan itu didakwa berjaya ditutupi oleh pihak tertentu yang menutup kes tersebut.

Terdahulu, difahamkan suspek tidak berpuas hati dengan seorang pelajar yang membawa motosikal sebelum mengejar dan melanggar mangsa dari arah belakang oleh kereta yang dipandunya.

Kredit: Laman X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas