Connect with us

Oh! Media

TikTok = YouTube? Pengguna Sudah Boleh Hasilkan Kandungan Video Sehingga 10 Minit

tiktok

Oh! Tech

TikTok = YouTube? Pengguna Sudah Boleh Hasilkan Kandungan Video Sehingga 10 Minit

Nak bersaing punya pasal, semua medium media sosial sekarang nak bersaing dan nak pastikan mereka jadi pilihan pengguna. Sebelum ini aplikasi seperti Instagram, Facebook dan YouTube sudah mula menawarkan fungsi seakan sama seperti TikTok.

ADVERTISEMENT

Kali ini, aplikasi TikTok pula dilihat sudah mula melakukan perubahan selepas meningkatkan had muat naik video kepada 10 minit. Dah macam YouTube pula kan? YouTube pula sekarang nak jadi macam TikTok dengan penawaran YouTube Shorts.

Nampaknya dah hilanglah ciri-ciri unik TikTok sebelum ini yang hanya membenarkan pengguna memuat naik video 15 saat. TikTok sebelum ini dilihat menaikkan had perkongsian bahan video kepada 60 saat, 3 minit dan seakrang 10 minit.

Apapun mungkin ini satu perubahan yang baik kepada pengguna TikTok kerana sudah semakin ramai menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan info-info menarik seperti berita, perkembangan isu semasa, pembelajara, resepi memasak dan sebagainya.

Disebabkan itu, sudah tidak releven untuk TikTok terus kekal dengan fungsi video pendek kerana agak terhad untuk pengguna berkongsi perkara berguna. Kalau tengok TikTok sekarang dah kurang orang berjoget-joget ni dan banyak ilmu yang kita dapat pelajari. Nak dengar ceramah pun, ustaz dan ustazah dah guna TikTok.

Akhir sekali tepuk dada tanya hati korang tu, nak tengok bukan-bukan atau nak tambah ilmu.

Kredit: amanz.my

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas