Connect with us

Oh! Media

Bekas Kekasih Ameera Khan Dikhabarkan Jadi Pilihan Hati Tengku Afzan

Trending

Bekas Kekasih Ameera Khan Dikhabarkan Jadi Pilihan Hati Tengku Afzan

Tular di aplikasi TikTok, khabar angin perkahwinan puteri pertama Yang di-Pertuan Agong ke-16, Tengku Afzan Aminah Hafizatullah yang menjadi perbualan hangat. Dikhabarkan pilihan hatinya adalah bekas kekasih pempengaruh Ameera Khan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rezekinya Yang Luar Biasa Dan Istimewa” – Ameera Khan Berdoa Agar Dijodohkan Dengan Lelaki Beriman Dan Pemurah

Menurut laporan Beautifulnara, spekulasi ini muncul susulan tular satu video dimuat naik yang memaparkan kedua-dua individu itu.

Gambar lelaki yang dipaparkan di dalam video itu dikatakan adalah bekas kekasih Ameera Khan, Fd Izham.

Adik kepada Neelofa itu dikatakan pernah menjalankan hubungan bersama Fd Idzham namun hubungan mereka telah putus dan kini Ameera berstatus single.

Sebelum ini, viral tentang Tengku Ampuan Pahang membalas komen dan hebahkan perkahwinan Tengku Afzan yang bakal berlangsung pada Ogos tahun ini.

Mesti lah sibuk. Tengku Afzan bulan Ogos dan TAB bulan Oktober. Doakan semua berjalan lancar. Doakan kebahagian mereka, saya merestui jodoh mereka.

Bagaimanapun, sumber rasmi dari pihak Istana Pahang belum mengesahkan khabar angin tersebut.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas