Connect with us

Oh! Media

Tiada Yang Tertinggal- Sunway Selami 3 Jiwa Dalam Kisah Yang Meruntun Hati

Branded

Tiada Yang Tertinggal- Sunway Selami 3 Jiwa Dalam Kisah Yang Meruntun Hati

“Tangan yang memberi lebih baik, daripada tangan yang menerima”

Ungkapan ini nampak mudah tapi tidak semua mampu memikulnya. 

Mengambil inspirasi daripada pengasas dan pengerusi, Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah, Sunway terus komited dalam usaha memberi kepada masyarakat menerusi inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Di bawah payung #SunwayforGood, Sunway mempromosikan usaha kemapanan dan mendukung 3 aspek utama iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan dan penambahbaikan komuniti.

Ini sejajar dengan komitmen Sunway untuk memajukan 17 Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peluang Hidup Tinggal 10 Tahun, Kak Lela Risau Nasib Anak-Anak

Ibu mana yang tergamak membiarkan nasib anak-anak terumbang-ambing jika dia meninggal dunia.

Kisah sedih Kak Norlela, seorang pejuang HIV, pasti meruntun hati anda. Bagaimana tanpa sokongan keluarga, kewangan dan pandangan sinis masyarakat, dia terpaksa menghadapi semuanya sendiri.

Namun sinar hadir selepas Sunway dan Malaysian AIDS Foundation (MAF)  hadir dalam hidup Kak Norlela. Melalui program ini, Kak Norlela menemui pesakit HIV positif yang lain dan mendapat sinar baru untuk meneruskan kehidupan.

Mampu Berdikari Bahkan Menari Kpop Walaupun Sindrom Down

Bukan mudah individu kelainan upaya di Malaysia mendapat pendidikan yang inklusif. Jika ada, pilihannya sangat terhad.

Itulah cabaran yang dihadapi oleh ibu kepada seorang anak kelainan upaya (Sindrom Down) iaitu Ng Sing Hon. Semua itu berubah selepas dia mengetahui tentang satu program di antara Sunway dan Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD).

GOLD menyediakan persekitaran yang selamat buat Sing Hon, di mana dia belajar berdikari dan meneroka potensi diri. Kini Sing Hon sudah boleh memasak, baking, mengemas, berniaga, menari KPOP malah memenangi emas bagi acara bowling dalam Special Olympics Selangor.

#SunwayforGood semai semangat sukarela dalam diri Kiran Seth

Melihat kanak-kanak kelainan upaya memilih barang yang mereka mahukan sudah mampu membuatkan dia berasa gembira.

Itulah Kiran Seth, seseorang yang jiwanya begitu dekat dengan masyarakat dan ringan tulang melakukan aktiviti kebajikan di bawah Sunway dan Rise Against Hunger Malaysia.

Platform ini digunakan sebaiknya oleh Kiran membina persahabatan baru selain menjalin rangkaian. Dia bersyukur kerana Sunway memberikan platform untuk menyumbang tenaga bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Leaving No One Behind- Sunway Komited Dalam Pembangunan Komuniti

Selain usaha mendekati dan memberi kembali kepada masyarakat/komuniti, Sunway turut menjalin kerjasama dengan  Malaysian AIDS Foundation (MAS), Selangor Youth Community (SAY), Rise Against Hunger Malaysia, National Kidney Foundation (NKF), Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD), Kechara Soup Kitchen dan Friends to Mankind.

Bertepatan dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, inisiatif CSR Sunway ini seharusnya menjadi ikutan kepada lebih banyak syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial menjaga kebajikan dan memajukan negara ke arah masa depan yang lebih ‘adil’ untuk semua lapisan masyarakat.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas