Connect with us

Oh! Media

“Patutnya Bila Anak Gaduh Ibu Diam Je” – Throwback Memori Dengan Anak-Anak, Netizen Tegur Mamazie

shila amzah

Oh! Artis

“Patutnya Bila Anak Gaduh Ibu Diam Je” – Throwback Memori Dengan Anak-Anak, Netizen Tegur Mamazie

Sebelum ini, tular di media sosial konflik antara penyanyi Shila Amzah dan adik beradiknya berpunca daripada rumah banglo yang didiami mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Shila Amzah Muat Naik ‘Kata-Kata’ Di Media Sosial Tarik Perhatian Ramai

Isu menjadi semakin panas apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri termasuklah ibu Shila iaitu Fauziah Sarman.

Terbaru, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Mamazie memuat naik video throwback memaparkan kenangannya bersama anak-anak.

Kelihatan anak beranak itu berkumpul beramai-ramai untuk majlis hari jadi sambil Syada memeluk erat Shila.

Selain itu, ada juga gambar kenangan ketika adik beradik itu di zaman kanak-kanak. Memang comel habis. Bersama hantaran, Mamazie menyertakan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Republik.

Di ruangan komen, netizen berdoa semoga kasih sayang keluarga ini kembali bertaut. Kata mereka, hubungan kekeluargaan ibarat air dicincang tak akan putus.

adik beradik shila amzah

Tak kurang juga yang menegur tindakan Mamazie yang masuk campur ketika anak-anaknya bergaduh di media sosial.

mamazie
ibu shila amzah
ibu shila

Menurut netizen, anak-anak juga akan terasa hati apabila ibu berat sebelah dan menyebelahi satu pihak sahaja.

Kredit: Instagram Mamazie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas