Connect with us

Oh! Media

Miliki Rumah Seakan Di Mont Kiara Hanya Dari RM332K. Psst.. Siap Ada Kawasan Glamping Tau!

Branded

Miliki Rumah Seakan Di Mont Kiara Hanya Dari RM332K. Psst.. Siap Ada Kawasan Glamping Tau!

Setelah melangkah ke alam pekerjaan, memiliki sebuah rumah pastinya menjadi impian. Lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk membina keluarga dan memulakan kehidupan baru bersama pasangan.

Apabila membeli rumah, anda tidak hanya menimbangkan pada harganya semata-mata, anda juga perlu memastikan kawasan yang dipilih dapat memudahkan urusan seharian anda untuk bergerak kesana-sini dan berdekatan dengan kawasan komersial.

Kami faham rata-rata rumah pada masa ini dijual pada harga yang agak tinggi sehingga ada yang melupakan hasrat membeli dan lebih sanggup untuk menyewa.

Tapi anda tak perlu risau, bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang, terdapat satu kawasan perumahan baru pegangan bebas bakal dilancarkan dan akan dikenali sebagai Mori Residences. 

Seperti namanya, perumahan ini mendapat  inspirasi daripada konsep The Way of Mori yang memfokuskan nilai terbaik untuk pengguna pada harga yang mampu dimiliki. 

Semua ini dapat dilaksanakan dengan mengoptimumkan setiap aspek pembangunan, dari reka bentuk seni bina kepada landskap sehingga kos penyelenggaraan yang sekata.

Mori Residences membangun bersama Taman Scientex

Mori Residences terletak di Taman Scientex Rawang, kawasan seluas 65 ekar berdekatan dengan kawasan perumahan dan komersial  yang sedang giat dibangunkan.

Kawasan ini merupakan hotspot kepada pembeli rumah, terutamanya untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang kerana terletak berhampiran dengan banyak lebuh raya utama dan kemudahan utama.

49 fasiliti eksklusif untuk penduduk. Siap ada Alpine Park tau!

Fasiliti yang ditawarkan di Mori Residences ni juga ada perbezaan berbanding kawasan perumahan yang lain kerana ia merupakan kawasan perumahan pertama yang memiliki Alpine Park sendiri, khas untuk penduduknya. 

Bayangkan dah penat seharian bekerja, anda boleh ‘healing’ dengan alam walaupun tinggal di kawasan bandar dan dikelilingi bangunan. Malam-malam pula boleh menikmati keindahan bintang bersama yang tersayang. Romantik sangat!

Bukan itu saja, Mori Residences ni turut menawarkan hampir 50 fasiliti buat penduduknya seperti tempat BBQ, ‘glamping site’,dusun, kawasan lapang terbuka, outdoor gym, Alpine Walk dan beberapa kemudahan eksklusif khas yang lain.

Memang tak rugilah kalau beli rumah dekat sini!

Selain itu, antara fasiliti lain yang disediakan di Mori Residences adalah seperti bilik khas untuk mengambil bungkusan, ruang untuk mengecas kenderaan elektronik dan tempat mencuci kenderaan.

3 pilihan rumah mengikut citarasa 

Untuk pengetahuan anda Mori Residences merupakan perumahan jenis kondominium dengan 3 pilihan rumah ((3-5 bilik) dan mempunyai berkeluasan berbeza diantara 872-1340 kaki persegi.

Dengan harga jualan bermula RM332,000  ke atas, Mori  Residences merupakan satu blok kondominium 41 tingkat yang menawarkan 638 unit rumah untuk dimiliki.

Dibina oleh peneraju terkemuka negara, Scientex Berhad. Syarikat hartanah ini merupakan salah satu syarikat yang mendapat pengiktirafan dalam anugerah Forbes Asia’s Top 200 companies “Best Under A Billion’ pada tahun 2020.

Mori Residences dijangkan akan siap sepenuhnya pada Februari 2026 . Jadi, jika buat anda sedang dalam perancangan memiliki rumah pertama, membesarkan keluarga atau upgrade tempat tinggal sedia ada, daftarkan diri untuk menjadi salah satu pemilik perumahan Mori Residences.

Lokasi strategik dengan pelbagai kemudahan

Terletak di pusat Bandar Baru Rawang, Mori Residences mempunyai jarak kurang dari 3 km ke Plaza Tol Rawang dan boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jalan Rawang. 

Lebuh raya ini juga berhubung dengan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Jalan Kuching.

Ada anak yang bersekolah? Tak perlu risau, terdapat banyak sekolah popular berhampiran dengan kawasan ini antaranya Sekolah Antarabangsa Straits, SJK (C) San Yuk, SJK (C) Kota Emerald, SMK Taman Desa dan SK Taman Desa 2.

Bukan itu je, nak membeli barang keperluan pun mudah, AEON Anggun Rawang terletak hanya 650m dengan berjalan kaki dari Mori Residences Rawang. Bersebelahan AEON pula terdapat McDonalds’ drive-thru dan juga Anggun City. Tak lama lagi akan ada Uniqlo Standalone Concept Store, Starbucks Store dan juga Proton 5s Center. Bestnya!

Nak lebih pilihan, anda boleh ke Pusat Bandar Rawang, Tesco Rawang, Mydin dan Giant Hypermarket yang juga terletak berdekatan.

Akses rawatan kesihatan dan perubatan juga mudah kerana anda boleh memilih untuk ke Hospital Pakar KPJ, Hospital Sungai Buloh atau Pusat Kesihatan Rawang. Selain itu, Hospital Selgate Rawang dijangka siap menjelang Mac 2022 yang pastinya menambahkan pilihan fasiliti kesihatan anda.

Miliki kediaman impian anda di Mori Residences hari ini! 

Mori Residences sentiasa fokus dalam mencari keseimbangan antara apa yang anda perlukan dalam kehidupan dan bagaimana anda mahu menghayatinya supaya mencipta pengalaman hidup yang mampan dan bermakna. Mori Residences turut fokus dalam dua elemen iaitu “Flexibility” dan “Purity”. 

Melalui fleksibiliti, Mori Residences ingin memberikan nilai yang berbaloi kepada pemilik rumah, manakala elemen “Purity” ingin menyerlahkan kehidupan aspirasi pemilik rumah.

Maklumat lanjut tentang Mori Residences, anda boleh terus ke galeri Scientex Rawang atau layari www.moriresidences.com.my

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas