Connect with us

Oh! Media

Viral Peniaga Di Pulau Pangkor Jual Siakap Harga ‘Pergi Haji Balik Hari’, KPDN Perak Ambil Tindakan Segera

siakap mahal

Trending

Viral Peniaga Di Pulau Pangkor Jual Siakap Harga ‘Pergi Haji Balik Hari’, KPDN Perak Ambil Tindakan Segera

Lagi kes ikan siakap mahal! Kali ini kejadian berlaku di sebuah restoran makanan laut di Pulau Pangkor Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Setaraf Siakap, Lelaki Kesal Harga Sotong Di Restoran Nasi Kandar Cecah RM100

Menerusi video viral di TikTok, pelanggan mengadu harga ikan siakap bagi 600g/700g mencecah RM75 seekor.

Siakap RM75 seekor di Pulau Pangkor

@kekyahfornour

Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth.. sama harga mcm makan ikan kat swiss harga dia.. makan kat singapore pon x semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5.. Bila x g travel local selalu persoalkan x support local tapi see peniaga jenis cekik darah cmni.. Sesiapa g pangkor tu hati2 la makan kat area teluk nipah ni.. korang makan area city je la selamat harga x cekik darah mcm ni..

♬ Cukup – Fieya Julia

Kata pelanggan, harga ikan siakap bakar itu lebih mahal berbanding menu yang sama di pusat bandar KLCC Kuala Lumpur.

Sorry Kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth. Sama harga macam makan ikan kat Swiss harga dia. Makan kat Singapore pun tak semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5.

Dahlah mahal, persekitaran kedai pun katanya biasa-biasa je dan layanan daripada pihak kedai tidak memuaskan.

siakap

Bertindak atas aduan itu, penguatkuasa KPDN Perak membuat satu siasatan dengan cara menyamar sebagai pelanggan.

KPDN menyamar sebagai pembeli, tanda harga tak diletakkan

Mereka mencuba menu yang sama dipesan pelanggan di 4 buat kedai sekitar itu dan mendapati restoran yang diviralkan lebih mahal. Korang tengoklah sendiri video di bawah ni:

Siasatan juga mendapati premis tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak.

Premis juga tak menimbang hasil laut untuk urusan jual beli. Harga yang diletakkan berdasarkan saiz besar atau kecil.

KPDN Perak mengambil tindakan mengikut Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

Premis turut diberikan satu Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) dan Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

Peniaga perlu mengemukakan maklumat barangan kepada pihak KPDN Perak dalam tempoh lima hari waktu bekerja.

Kredit: TikTok @kekyahfornour | KPDN Perak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas