Connect with us

Oh! Media

Dayang Anisha Sah Isteri Putera Mateen Dengan Sekali Lafaz

putera mateen

Trending

Dayang Anisha Sah Isteri Putera Mateen Dengan Sekali Lafaz

Perkahwinan diraja Brunei yang paling dinanti-nanti akhirnya telah tiba. Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah hari ini telah selamat diijabkabul dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.

ADVERTISEMENT

Putera Mateen melafazkan akad dengan sekali lafaz disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. Majlis penuh istiadat itu berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

@22_zeronine Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja. Alhamdulilah, Congratulations To The Royal Couple. #princeabdulmateen #dayanganisharosnahbintiadam #princemateen #pengantindirajabrunei2024 #bruneiroyalwedding #masjidomaralisaifuddein #bruneidarussalam #brunei #rtb #rtbgo #rtbnews ♬ original sound – 22_ZeroNine
@azis_kurniawan1 Inilah Doa baginda #sultanbrunei 🇧🇳 untuk putera nya #princemateen Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja #brunei 🇧🇳 #pengantindirajabrunei2024 #indonesia 🇮🇩 #kediri ♬ original sound – Aziz Kurniawan

Dalam laporan siaran langsung Radio Televisyen Brunei (RTB), Putera Mateen dilihat kacak dalam persalinan busana serba putih.

Lapor Sinar Harian, selepas lafaz ijab kabul disahkan, 17 das tembakan meriam dilepaskan menandakan istiadat telah sempurna dilaksanakan.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu diikuti dengan istiadat lain yang berlangsung selama 10 hari.

Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Kredit: Sinar Harian | Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas