Connect with us

Oh! Media

Doktor Akui Khilaf Sendiri Bercinta Dengan Bekas ‘Mak Nyah’ Walaupun Pegang Status Isteri Orang

isteri

Oh! Tidak

Doktor Akui Khilaf Sendiri Bercinta Dengan Bekas ‘Mak Nyah’ Walaupun Pegang Status Isteri Orang

Kecoh di media sosial mengenai kisah seorang pemilik salun bernama Danny yang sebelum ini adalah ‘mak nyah’ meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui dia rupanya menjalinkan hubungan cinta bersama wanita berstatus isteri orang, Dr Qaseh.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, Qaseh mengaku bahawa dirinya memang memegang status isteri orang ketika sedang menjalin hubungan cinta bersama Danny, malah mengakui kesalahan yang dilakukan dan meletak kesalahan itu kepada dirinya.

isteri

Ujar Qaseh, dirinya sudah pun memegang status sebagai isteri orang selama lima tahun dan suami adalah adik angkatnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Danny sudah pun mengetahui kisah sebenar dan minta uruskan perkara ini sebelum meneruskan niat untuk berkahwin dengannya.

Tapi semalam, dia (Danny) keluarkan kenyataan di live TikTok, saya pula ada menontonnya dan sangat terkejut. Mulanya memang marah dan fikir tindakannya keterlaluan kerana cakap secara terbuka.

Sementara itu, Qaseh menjelaskan hubungan perkahwinannya bersama suami bukanlah seperti pasangan lain, malah dia akui tiada langsung perasaan cinta terhadap suaminya.

Tambahan, Qaseh turut memberitahu mereka sudah pun membuat keputusan untuk bercerai dan kini dalam proses memfailkan perceraian.

Namun, selepas kisah ini tular, ada juga sesetengah netizen yang mula curiga dengan status ‘doktor’ yang dimiliki dah sedikit sebanyak menganggu emosinya.

Saya berlapang dada dengan sikap segelintir netizen dan tiada rasa marah atau dendam. Cuma tipu kalau saya katakan apa yang berlaku tak beri kesan kepada emosi.

BACA: Isteri ‘Danny’ Tampil Buka Mulut Lepas Diceraikan

Terdahulu, tular di media sosial mengenai perkahwinan unik pasangan bernama Danny dan Nur Azera selepas lima hari berkenalan tapi tak bertahan lama apabila mereka bercerai talak 1 dua minggu kemudian.

Kredit: Harian Metro l TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Masing-masing tinggikan suara so siapa yang salah? #netizen#bergaduh#viral#ohmedia#hj

♬ Walk Away Slowed Down – DENII

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas