Connect with us

Oh! Media

Anak Ahli Politik Tunjuk Kemaluan Pada Pelajar Perempuan Mengaku Tak Bersalah

Anak ahli politik

Oh! Tidak

Anak Ahli Politik Tunjuk Kemaluan Pada Pelajar Perempuan Mengaku Tak Bersalah

Seorang lelaki yang merupakan anak ahli politik didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan tingkatan lima. Kurang ajar betul! 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Nadzmi Abdul Manan yang berusia 25 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini.

Mengikut pertuduhan, anak kepada ahli politik itu menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner di kawasan tepi jalan pada 13 Disember lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih dari sepuluh tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya diberi ikan jamin tapi Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana tidak memberikannya.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh di ikat jamin dan tarikh pengurusan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Mac nanti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas