Connect with us

Oh! Media

Terangkan Jalan Untuk Pak Cik Motosikal, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Trending

Terangkan Jalan Untuk Pak Cik Motosikal, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Melakukan perjalanan dengan memandu kenderaan sememangnya perkara lazim buat masyarkat, lebih-lebih lagi melibatkan destinasi yang jauh.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Misteri Tiga ‘Kelibat’ Tepi Jalan Jadi Tanda Tanya

Sudah semestinya, ciri-ciri keselamatan perlu diamalkan terutama sekali bagi penunggang motosikal oleh kerana lebih berisko untuk mengalami kecederaan yang teruk.

Kadang-kadang, faktor kerosakan pada lampu kenderaan juga menjadi sebab utama kemalangan jalan raya selepas mengharungi jalan yang gelap dan semestinya cahaya diperlukan saat itu.

Pemandu lori bantu penunggang motosikal, terangkan jalan gelap

Namun, sama juga kejadian yang berlaku oleh seorang pemandu lori apabila melihat seorang pakcik yang menunggang motosikal dalam keadaan yang gelap gelita.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook, lelaki itu telah bertindak membantu dengan memancarkan cahaya kenderaannya dan jelas menerangi jalan.

Menurut individu tersebut, motosikal pak cik tersebut dikatakan mengalami kerosakan pada bahagian belakang, manakala lampu hadapannya pula hanya menyala malap.

Kesian pakcik ni, lampu motor belakang tak hidup, lampu depan malap. Jadi saya tumpangkan cahaya lampu lori saya, biar terang sikit.

Kasihan melihat keadaanya, individu tersebut dilihat sanggup memperlahankan kenderaannya serta mengekori dari belakang motosikal sehingga ke kawasan yang lebih cerah.

Difahamkan, individu tersebut telah berkongsikan lampu kenderaannya sepanjang jalan sehingga ke sebuah Plaza Tol Lima Kedai, Johor Bahru.

Pada pengakhiran video, lelaki itu juga sempat mendoakan perjalanan pak cik itu agar selamat sampai hingga ke destinasi.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengucapkan tahniah serta terima kasih atas usaha baiknya membantu penunggang motosikal tersebut.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih dari 12,000 jumlah tontonan serta mendapat 796 tanda suka.

Kredit: Facebook NC Nasa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas