Connect with us

Oh! Media

“Jangan Arwahkan Mak Sendiri”. Pelajar Jawab “Mak Dah Takde” Didakwa Masih Ada Ibu?

uitm

Trending

“Jangan Arwahkan Mak Sendiri”. Pelajar Jawab “Mak Dah Takde” Didakwa Masih Ada Ibu?

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang memperlekehkan pelajar B40 kerana tidak memiliki komputer riba telah mengundang kecaman netizen.

ADVERTISEMENT

Namun, semakin ramai individu yang tampil memberi penjelasan berkaitan pendedahan cerita sebenar yang mula terbongkar sedikit demi sedikit.

Menurut satu hantaran di laman Facebook oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dato Rusly Abdollah, pensyarah berkenaan telah mengusahakan untuk mendapatkan laptop untuk pelajar tersebut.

Video tahun lepas..

Ibu pelajar terbabit sebenarnya masih hidup?

Selain itu, menerusi satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter yang tular telah mendedahkan mengenai ibu kepada pelajar tersebut didakwa masih hidup.

Mak budak tu hidup lagi. Kesian, dia matikan mak dia sendiri eh, cakap “mak dah takde”

Malah, beberapa kenyataan rasmi dan kenyataan laporan dalaman pihak unniversiti turut mendedahkan bahawa ibu pelajar tersebut merupakan seorang Operator Pengeluaran Kilang.

roshana

Difahamkan, pelajar tersebut juga sebenarnya mempunyai laptop namun terlupa untuk membawa ke kampus pada hari kejadian dan menggunakan telefon bimbit bagi turut menghadiri kelas online tersebut.

Perkongsian Twitter ini bagaimanapun telah dipadam dan nampaknya ramai pula yang nak jadi hero bahawa dialah yang paling tahu apa yang terjadi.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas