Connect with us

Oh! Media

Real & Epik! Dinosaur ‘Takluk’ KLCC Junction. Konklusi Paling Dinanti Jurassic World Dominion

Jurassic World Dominion

Trending

Real & Epik! Dinosaur ‘Takluk’ KLCC Junction. Konklusi Paling Dinanti Jurassic World Dominion

Sebut je filem Jurassic, kita semua tau ia mengisahkan tentang haiwan pra sejarah, dinosaur. Masa kecil dulu, kami suka betul layan trilogi filem Jurassic Park. Bila dah dewasa, ada pula direct sequel untuk fraincais ni iaitu, Jurassic World. Memang menggambit kenanganlah!

ADVERTISEMENT

Untuk korang yang tak tau, bakal ada satu lagi threquel untuk filem Jurassic World ni iaitu JURASSIC WORLD DOMINION. Filem ini bakal menyajikan konklusi bagi kehidupan manusia dan dinosaur ni dunia ni. Tapi belum apa-apa min tengok dinosaur dah ‘tawan’ kita dulu. Haaa apa ni??

“Nampak real”, netizen teruja tengok skrin 3D billboard tayang dinosaur

Haaa.. Kalau korang nak tau, tayangan anamorfik 3D di billboard CuBig@ KLCC Junction di adalah sempena meraikan threquel terakhir JURASSIC WORLD DOMINION yang akan ditayangkan pada 9 Jun 2022 nanti.

Bukan itu je, untuk peminat setia filem Jurassic, jangan lepaskan peluang korang untuk turut serta dalam event special di Sunway Pyramid JURASSIC WORLD DOMINION Mall Takeover yang akan berlangsung sehingga 12 Jun ini.

Kat situ, korang boleh bergambar dengan figura JURASSIC WORLD DOMINION Blue & Beta serta ada macam-macam aktiviti menarik yang korang boleh sertai.

JURASSIC WORLD DOMINION dikatakan bakal menjadi penutup terepik untuk filem Jurassic sepanjang zaman. Manakan tidak, menerusi threquel ini korang dapat menyaksikan semula kemunculan pelakon asal dari francais Jurassic Park iaitu  Sam Neill (Alan Grant), Laura Dern (Ellie Sattler), dan Jeff Goldblum (Ian Malcolm).

Lagi satu akan ada beberapa spesies dinosaur baru yang bakal menanti penonton. Kalau selama ni korang tau T-rex je, nantikan Atrociraptor, dinosaur yang lebih pantas, lebih kuat dan lebih pintar. Wow!

Adakah ‘masa’ manusia di dunia bakal tamat? Jom tengok Jurassic World Dominion di pawangan berhampiran korang!

Perghh trailer bikin gempak! Walaupun filem je, tapi kami nervous pula nak tau apakah ending JURASSIC WORLD DOMINION ni. Untuk korang yang tak sabar macam kami, jangan lupa tempah tiket untuk menyaksikannya di pawagam berhampiran pada 9 Jun 2022 ni. Tak lama dah!

Tapi sementara tu, apa kata layan dulu JURASSIC WORLD DOMINION | Legacy Featurette yang membawakan babak-babak belakang tabir francais Jurassic Park dan Jurassic World. Memang legend!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas