Connect with us

Oh! Media

“Semua Benda Nak Serius, Penatlah” – Suami Dikecam ‘Red Flag’, Ini Respon Fatin Afeefa

Oh! Artis

“Semua Benda Nak Serius, Penatlah” – Suami Dikecam ‘Red Flag’, Ini Respon Fatin Afeefa

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menjadi sebutan di media didakwa suka merendah-rendahkan isteri sendiri.

ADVERTISEMENT

Netizen meluahkan rasa kurang selesa apabila Aliff atau lebih mesra disapa Opai mengatakan dia tak meletakkan usaha untuk mendapatkan Fatin Afeefa.

Bukan kenyataan tu je, banyak lagilah kenyataan lain di sesi live mereka yang membuatkan netizen merasakan Opai ada ciri-ciri ‘red flag’.

BACA: “Macam Budak Rempit Dah Kaya” – Netizen Bengang Suami Fatin Afeefa Kerap ‘Degrade’ Isteri

Terbaru, Fatin Afeefa tampil memberi penjelasan mengenai isu yang hangat diperkatakan itu. Kata pelakon Tentang Bulan ini, suaminya memang seorang yang suka bergurau.

Saya kenal lah dia macam mana. Tapi setengah orang yang tak kenal dia akan terkejut dengan gurauan kasar dia.

Jelasnya lagi, hidup akan bosan jika semuanya nak serius je. Betul juga kan?

Relationship saya dan dia tak serius pun, kami jenis yang ‘happy go lucky’. Sebab itu saya pilih dia. Kalau semua benda nak serius, penatlah. Kita nak happy happy.

Pelakon ini memohon orang ramai tak mengambil gurauan suaminya itu sebagai serius.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas