Connect with us

Oh! Media

Ryzal Ibrahim Teruk Dikecam Disangka Masuk ‘Gereja’, Netizen Kena ‘Sekolah’ Balik?

Ryzal Ibrahim

Oh! Tidak

Ryzal Ibrahim Teruk Dikecam Disangka Masuk ‘Gereja’, Netizen Kena ‘Sekolah’ Balik?

Pempengaruh, Ryzal Ibrahim ada memuat naik video dia melawat ISTAC -IIUM (Institute of Islamic Thought and Malay World) di Bukit Tunku dan perkara itu telah mengundang komen negatif netizen dan ada yang melabelkannya bodoh.

ADVERTISEMENT

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang mengkritik Ryzal Ibrahim kerana melawat lokasi yang mempunyai reka bentuk yang seakan gereja.

Mana taknya, bila sekali pandang mungkin orang nampak yang susun atur meja dan kerusi dalam institut ilmu itu seperti bahagian dalam gereja yang turut mempunyai susunan sebegitu.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya seni bina institut itu diinspirasi oleh seni bina Andalusia-Morocco ketika zaman kegemilangan umat Islam di Sepanyol.

Ryzal Ibrahim

Ada juga netizen menyelar sesetengah individu yang beri komen negatif itu dan menganggap mereka ini kolot serta tidak suka membaca untuk menambah ilmu di dada.

Seorang individu di Facebook juga ada meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang tahu komen bukan-bukan jer tapi tak ambik tahu hal sebenar.

Ryzal Ibrahim

Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Tapi sayang, aku jumpa komen-komen yang kata macam gereja, yang menghinakan institut yang telah banyak berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam di zaman moden ini.

Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tidak kenal.

Apa pandangan korang? Kalau tak pasti jangan tahu menuduh yang bukan-bukan. Nanti diri sendiri yang kena balik!

Kredit: Tiktok Ryzak Ibrahim | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas