Connect with us

Oh! Media

Adakah Sah Perkahwinan Khuzairi Dan Nurul Ain? – Ini Penjelasan Dari PU Azman

Trending

Adakah Sah Perkahwinan Khuzairi Dan Nurul Ain? – Ini Penjelasan Dari PU Azman

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang sering membuatkan para penontonnya tidak senang duduk kini telah memasuki minggu akhir.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Luka Di Tangan Ustaz Kazim Hanya ‘Solekan’, Ini Respon Jurusolek Yang Bertanggungjawab

Menerusi episod yang ditayangkan semalam, watak utama bagi drama ini iaitu Khuzairi (Shukri Yahya) telah selamat diijabkabulkan bersama Nurul Ain (Wafariena) kerana ingin menjadi ‘pak sanggup’ kepada ayahnya, Pak Samad (Kazar) yang didakwa telah menghamilkan Nurul Ain.

Hukum perkahwinan Khuzairi dan Nurul Ain

Susulan dari jalan cerita drama tontonan ramai itu, satu persoalan mula timbul dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya adakah sah dari segi agama perkahwinan di antara dua watak drama berkenaan.

Sehubungan dengan itu, satu video penjelasan dibuat penceramah bebas, PU Azman yang juga merupakan salah seorang pelakon bagi drama tersebut.

@puazman perkara ini perbezaan pendapat di kalangan ulama. Cik Man cuma sebut Mazhab Syafie saja dulu di sini. #7harimencintaiku3 #fyp @Yahboiwarf ♬ original sound – PU Azman (Cik Man)

Menerusi video di TikTok PU Azman atau mesra disapa Cik Man itu, dia menjelaskan bahawa perkahwinan di antara Khuzairi dan Nurul Ain itu adalah sah di sisi mazhab Shafie. PU Azman turut membaca ayat ke-24 dari Surah An-Nisa’ bagi menguatkan lagi kenyataannya.

Di akhir video, PU Azman sempat bergurau dengan melarang Khuzairi dari mengahwini Fatin, watak dilakonkan Reen Rahim yang merupakan bekas isteri kepada Taufik, lakonan PU Azman.

Komen netizen

Video penjelasan yang dibuat PU Azman itu mendapat komen dari warganet yang memuji tindakannya yang menjelaskan beserta dalil. Ada juga dalam kalangan netizen yang terhibur dengan gurauan Cik Man di akhir video.

Apa-apa pon kita tunggu pengakhiran drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini yang sering membuat para penonton tidak senang duduk.

Kredit: TikTok PU Azman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas