Connect with us

Oh! Media

Bekas Bibik Zarina Zainuddin Nafi Dakwaan Curi Barang Sebelum Lari

Oh! Artis

Bekas Bibik Zarina Zainuddin Nafi Dakwaan Curi Barang Sebelum Lari

Sebelum ini tular isu bibik Zarina Zainuddin lari dari rumah dengan sejumlah barang miliknya yang menjadi bualan hangat. Kini giliran bekas pembantunya tampil berikan keterangan dan menafikan dakwaan yang dibuat.

ADVERTISEMENT

BACA: Inara Rusli Dituduh Tukar Pembantu Rumah Sampai 50 Kali Sebab Terlalu Garang

Menurut laporan mStar, pembantu yang dikenali sebagai Rahayu menyangkal tuduhan mencuri barang-barang milik Zarina sebelum melarikan dirinya.

Rahayu mendedahkan dia melarikan diri dari rumah Zarina kerana tidak tahan kerana sering dipukul oleh anak majikannya yang bernama Azil.

Zarina mempunyai sepasang kembar berusia 27 tahun dan keduanya menghidap penyakit austisme sejak berumur tiga tahun.

Menerusi akaun TikTok miliknya, bekas pembantu itu berkata dia ada bukti badannya lebam akibat dipukul.

Pembantu itu tidak boleh berdiam diri kerana Zarina ada meluahkan rasa bengang pembantu rumahnya melarikan diri dan dakwaan mencuri sebelum lari di akaun Instagram miliknya.

Saya lari kerana sudah dipukul oleh anaknya yang menghidap autisme iaitu Azil. Saya mempunyai bukti dipukul menerusi gambar-gambar yang diambil.

Dia juga mempersoalkan kenapa bekas majikannya tak laporkan kepada polis dan mengungkitnya setelah enam bulan berlalu.

Saya mahu memberikan penjelasan ini kerana dakwaan yang dibuat oleh Zarina yang sudah mencemarkan nama baik saya.

Dakwaan Zarina mengatakan saya pencuri adalah penipu kerana saya lari dari rumah adalah kerana sering dipukul anaknya.

Pelakon itu mendakwa pembantunya melarikan diri setelah dapat gaji dan juga kerana ingin hidup bebas bersama teman lelakinya.

Walau bagaimanapun, wanita itu memadam video berkenaan selepas dikongsi beberapa jam di platform TikTok.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas