Connect with us

Oh! Media

Cristiano Ronaldo, Bintang Bakal Juara Terlepas Dakwaan Merogol

christiano ronaldo

Oh! Artis

Cristiano Ronaldo, Bintang Bakal Juara Terlepas Dakwaan Merogol

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo nampaknya dapat menarik nafas lega selepas terlepas dari dakwaan merogol. Ini selepas seorang hakim daerah Amerika Syarikat telah menolak tuntutan saman rogol berkenaan.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Kathryn Mayorga yang juga bekas model dan guru telah membuat dakwaan diserang pemain Manchester United itu pada tahun 2009 di sebuah hotel di Las Vegas.

Hakim Jennifer Dorsey bagaimanapun menolak dakwaan terbabit. Ronaldo juga sebelum ini telah menafikan dakwaan terbabit kerana hubungan yang dibina bersama Mayorga sebelum ini adalah suka sama suka.

Hakim memutuskan untuk menolak dakwaan terbabit selepas peguam Mayorga, Leslie Mark Stovall berkelakuan jahat. Peguam itu telah mencuri dan menggunakan dokumen bocor yang memperincikan perbincangan antara Ronaldo dan peguamnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas