Connect with us

Oh! Media

Netizen Berpendapat Sari Yanti Pilihan Paling Tepat Jadi Ibu Susuan Ayash Affan?

Ayash Affan Sari Yanti

Trending

Netizen Berpendapat Sari Yanti Pilihan Paling Tepat Jadi Ibu Susuan Ayash Affan?

Selepas kehilangan isteri tercinta, Shuib perlu menggalas tanggungjawab yang besar untuk membesarkan keempat-empat cahaya matanya tanpa isteri disisi, lagi-lagi buat Ayash Affan yang baru saja beberapa hari lepas dilahirkan. 

ADVERTISEMENT

BACA : Syatilla Melvin Tawar Susu Badan Rakan Buat Ayash Affan

Khasiat susu ibu sangatlah diperlukan buat bayi pramatang dan perkara ini buatkan Shuib sendiri bimbang dan perlu memikirkan soal susu buat anak bongsunya itu. Menerusi temubual bersama mStar sebelum ini, Shuib mendedahkan ramai yang ingin bantu menjadi ibu susuan kepada Ayash.

Di ruangan komen video berkenaan, terdapat pelbagai komen daripada netizen yang tersentuh hati melihat Shuib seorang diri menggalas tanggungjawab besar ini dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

Komen netizen

Ada juga yang berpendapat bahawa ibu susuan yang paling sesuai buat Ayash Affan ketika ini adalah isteri kepada sahabat Shuib iaitu Jep Sepahtu. Tambah lagi, Sari Yanti mempunyai anak yang masih kecil yang baru saja dilahirkan. 

Apapun, ini hanyalah pandangan daripada netizen sahaja. Semoga Shuib terus kuat menggalas tanggungjawab ini untuk membesarkan keempat-empat anaknya itu dengan baik. 

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas