Connect with us

Oh! Media

“Tolong Kafankan Saya Di Hospital..” – Nota Terakhir Seorang Ibu Raih Simpati Netizen

Trending

“Tolong Kafankan Saya Di Hospital..” – Nota Terakhir Seorang Ibu Raih Simpati Netizen

Bagai sebuah permata! Itulah gambaran yang sesuai diungkap bagi seorang ibu yang juga merupakan insan yang bertanggungjawab dalam membesarkan kita dengan kasih sayang.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Autisme Mati Dipukul Ibu Bapa Gara-Gara Buang Air Merata

Sejak dari kecil lagi, pelbagai pengorbanan yang dilakukan termasuklah ketika melahirkan kita serta sanggup ‘mematahkan tulang’ dalam memberikan keselesaan kepada anak-anaknya.

Namun, jika kehilangannya pula, ia ibarat bagai hilang seri di dunia. Walaupun begitu, insan bernama ibu masih sanggup berjasa walaupun tiada lagi di dunia ini.

Seorang ibu tinggalkan warkah terakhir, raih simpati ramai

Bagaimanapun, terjadi sebuah kejadian memilukan apabila terdapat seorang ibu yang telah meninggalkan nota terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, seorang ibu dikatakan telah meninggal dunia di rumahnya yang ketika itu hanya ditemani oleh seorang anak (seorang kurang upaya) OKU.

Dalam warkah terakhir yang ditinggalkan, arwah telah membuat permintaan agar jenazahnya dikafankan serta diserahkan kepada pihak hospital oleh kerana tidak mempunyai keluarga lain.

Lebih menyayat hati, beliau juga turut meminta agar mukanya nanti tidak ditutup setelah dikafankan dan menunjukkan kepada anaknya itu serta memaklumkan bahawa ibunya sudah meninggal dunia.

Selain itu, arwah juga turut meninggalkan beberapa nombor telefon serta nama-nama kenalannya bagi memudahkan pihak hospital menghubungi mereka. Bagaimanapun, tarikh serta lokasi kejadian masih tidak diketahui.

Menerusi kapsyen di laman Instagram itu, dia turut meminta orang ramai agar mendoakannya serta berharap agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Netizen zahir rasa sebak, simpati nasib anak OKU

Menjengah pada rungan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa sebak akan perkongsian nota itu serta bersimpati terhadap nasib yang menimpa anak arwah.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 800 tanda suka serta seramai 61 orang telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram official_rizalhakimm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas