Connect with us

Oh! Media

“Kontrak Berat Sebelah, Bayaran Rendah, Baju Pelakon Kena Prepare Sendiri” – Nazim Othman

nazim othman

Oh! Artis

“Kontrak Berat Sebelah, Bayaran Rendah, Baju Pelakon Kena Prepare Sendiri” – Nazim Othman

Pelakon Nazim Othman menerusi satu perkongsian di Instagram mendedahkan sisi sebenar industri hiburan yang ramai tidak tahu.

ADVERTISEMENT

BACA: Bella Astillah Dedah Sisi Gelap Dunia Hiburan, – “Lelaki Suruh Saya Duduk Atas Peha”

Dalam hantaran itu, pelakon ini menunjukkan satu babak di dalam Korean Drama di mana barisan pelakon hebat dan terkenal berada dalam satu frame.

Bayangkanlah bayaran untuk setiap bintang itu bukannya murah, tetapi ianya tidak mustahil untuk industri hiburan di Korea.

nazim othman

Dedah Nazim, di Malaysia ada segelintir produser memberikan kontrak berat sebelah kepada pelakon dan krew produksi.

Katanya, kebanyakan kontrak yang diterima hanya menguntungkan pihak produser je. Tak cukup dengan itu, produser akan melakukan apa sahaja untuk meminta ‘diskaun’ bayaran daripada pelakon dan krew.

Bila ada yang mempertahankan ‘nilai’ mereka, pelakon-pelakon akan dilabel sebagai bermasalah dan demanding. Biar betul?

nazim othman

Let me be the villain of the year.

Ujarnya lagi, pelakon Malaysia tidaklah semewah seperti yang disangka. Jika dibandingkan dengan negara serantau yang lain, pelakon Malaysia menerima bayaran paling rendah.

industri hiburan

Seandainya pelakon atau krew lambat ke lokasi akan dijadikan bahan sensasi berita tapi sekiranya mereka lewat melunaskan bayaran sema orang kena tabah dan reda.

Ha, rupa-rupanya pelakon juga perlu mengeluarkan ‘modal’ sendiri untuk menyediakan pakaian bersesuaian dengan watak mereka. Tiada bayaran tambahan untuk props milik pelakon tu tau!

Pendedahan yang dibuat Nazim ini turut disokong bekas wartawan hiburan, Sudyr Tahir dan pelakon sensasi, Rita Rudaini.

Kredit: Instagram Nazim Othman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas