Connect with us

Oh! Media

Dah Pulang Cincin Merisik, Sufian Suhaimi Fikir Masak-Masak Sebelum Kahwin

sufian

Oh! Artis

Dah Pulang Cincin Merisik, Sufian Suhaimi Fikir Masak-Masak Sebelum Kahwin

Spekulasi hubungan cinta penyanyi Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mereka membawa haluan masing-masing.

ADVERTISEMENT

BACA: Muka Tunang Sufian Suhaimi Macam Intan Najuwa, Cantik Orangnya

Mereka yang sebelum ini pernah menjalani proses merisik mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan cara baik.

rania

Jadi bila berbincang, kami fikir mungkin perlu ‘take a step back’ untuk fikir masak-masak. Bukan nak kata kami tidak sehaluan, cuma perkara yang dirasakan tidak sesuai untuk saya dan sebaliknya.

Difahamkan, cincin merisik dipulangkan pada minggu kedua Ramadan. Walaupun tidak bersama, mereka masih berhubung dan menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga masing-masing.

Kita masih lagi berkawan, termasuk dengan ahli keluarga masing-masing. Cumanya, hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Kami terima dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.

Ketika ditanya dengan lebih lanjut, penyanyi ini berkata perancangan untuk bernikah sudah dibuat sejak tahun lepas.

sufian suhaimi

Tetapi, ada beberapa perkara yang mereka perlu berbincang dengan lebih dalam. Pasangan itu percaya perkahwinan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.

Bukan saya nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa juga sebelum ini (merisik), tetapi bila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami berdua berbincang mengenai kehidupan saya dan dia.

Penyanyi berusia 32 tahun ini mengambil hikmah di sebalik adat ‘merisik’ iaitu proses untuk saling mengenali.

Dia bersyukur dapat mengenali dan sangat menghormati Rania. Dia juga tidak menolak jika takdir Allah SWT menyatukan mereka suatu hari nanti.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas