Connect with us

Oh! Media

Cucu Pemilik Rumah Buka Pagar, Petugas TNB Cedera Diterkam Anjing

Trending

Cucu Pemilik Rumah Buka Pagar, Petugas TNB Cedera Diterkam Anjing

Pada musim pandemik ini, petugas-petugas seperti pekerja kurier, pekerja TNB dan sebagainya akan tetap bekerja walaupun risiko yang agak tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rider Langgar Pagar Rumah, Terkejut Dikejar Anjing?

Terdapat juga kejadian yang mana mereka turut menerima gangguan anjing liar semasa menjalankan tugas di kawasan perumahan mahupun di premis.

Perkara itu mampu mendatangkan bahaya serta kecederaan kepada mereka jika tidak berjaya mengelak daripada serangan haiwan berkenaan.

Pekerja TNB diserang anjing

Namun, perkara sama juga turut berlaku kepada seorang pembaca meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilaporkan cedera digigit anjing ketika menjalankan tugas.

Menerusi sebuah hantaran daripada seorang pengguna Facebook bernama @Otai Johor, dia telah menceritakan kejadian itu yang dilaporkan berlaku di Jalan Api-Api 1, Taman Megah Ria, Johor Bahru.

Mangsa, Mohd. Faridzuan Nordin, 27, dipercayai telah diterkam oleh anjing yang meluru keluar selepas pintu pagar kecil dibuka oleh cucu pemilik rumah tersebut.

Anak pemilik rumah segera membantu

Menurut perkongsian itu, anak kepada pemilik anjing berkenaan telah datang membantu bagi melepaskan gigitan terhadap petugas itu.

Dilaporkan, mangsa serta anak pemilik anjing itu telah bergelut dengan haiwan tersebut untuk beberapa minit sebelum ia melepaskan gigitannya.

Mangsa juga turut meminta bantuan rakan-rakannya di aplikasi WhatsApp dengan menghantar gambar telah digigit anjing tersebut.

Berkat daripada tindakannya itu, beberapa rakan sekerja segera datang ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan serta membawanya ke klinik berhampiran.

Kecederaan yang dialami

Selepas mendapatkan suntikan dan rawatan susulan di Klinik Penawar Taman Megah Ria, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi pemeriksaan lanjut.

Mangsa dilaporkan mengalami luka akibat gigitan di lengan kanan yang agak serius, ibu jari tangan kiri dan calar di bahagian kaki kiri.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, beliau telah menerima laporan yang dibuat mangsa pada hari yang sama.

Katanya lagi, mangsa bagaimanapun secara suka rela menarik kembali laporan tersebut setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua pihak.

Kredit: Facebook Otai Johor I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas