Connect with us

Oh! Media

Huawei Mate 50 Juga Boleh Hantar Mesej Tanpa Rangkaian?

Huawei Mate 50

Oh! Tech

Huawei Mate 50 Juga Boleh Hantar Mesej Tanpa Rangkaian?

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan iPhone siri 13 akan menyokong ciri yang membolehkan pengguna membuat panggilan atau menghantar mesej walaupun tanpa rangkaian dengan menggunakan satelit. 

ADVERTISEMENT

BACA : Pengguna Boleh Call Dan Mesej Tanpa Sebarang Rangkaian Dengan iPhone 13?

Menurut laporan dari Gizchina pula, Huawei Mate 50 yang akan dilancarkan tak lama lagi juga dijangka mempunyai ciri yang hampir sama dengan iPhone siri 13. Pergh! Terbaik juga Huawei ni.

Pengguna dikatakan boleh menghantar mesej ketika kecemasan menggunakan hubungan satelit BeiDou dan perkara ini merupakan antara faktor kenapa pelancaran telefon pintar ini yang kebiasaannya berlangsung pada bulan Ogos ditangguh ke suku tahun 2022.

Walaubagaimanapun, masih belum tahu lagi sama ada ciri ini benar ada ataupun tidak pada Huawei Mate 50. Apapun, sama-samalah kita tunggu sehingga pelancarannya nanti. 

Kredit: Gizchina

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas