Connect with us

Oh! Media

Bunyi Hon Ganggu Sesi Temu Bual, Reaksi Lelaki Baju Kuning Minta Peniaga Roti Diam Dikecam Netizen

Trending

Bunyi Hon Ganggu Sesi Temu Bual, Reaksi Lelaki Baju Kuning Minta Peniaga Roti Diam Dikecam Netizen

Apabila melakukan sesi temu bual secara langsung di tempat awam ataupun di luar kawasan studio, sudah pasti kita akan berdepan dengan beberapa situasi luar yang boleh menyukarkan tugas kita.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Salah, Taknak Betulkan” – Faisal Halim Buat Netizen Geli Hati, Tersasul Sebut Korea

Faktor cuaca yang tidak menentu serta keadaan sekeliling kadang kala boleh menyebabkan tugasan kita itu terganggu dan tergendala.

Peniaga roti bunyikan hon ketika sesi temu bual

Itulah situasi yang berlaku ketika satu sesi temu bual salah sebuah stesen berita bersama ahli politik, Hannah Yeoh.

Menerusi video yang tular di Facebook itu, dapat dilihat sesi temu bual tersebut sedikit terganggu disebabkan oleh hon yang dibunyikan seorang peniaga roti di kawasan sebuah rumah flat.

Peniaga roti itu kemudiannya diminta untuk menghentikan bunyi honnya oleh seorang lelaki berbaju kuning yang berdiri di sebelah Hannah Yeoh sambil menunjukkan isyarat tangan di bibir.

Netizen pertikai reaksi lelaki baju kuning

Video yang tular itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka mempertikaikan tindakan lelaki berbaju kuning itu serta ada juga yang memuji Hannah Yeoh yang hanya tersenyum ketika berdepan dengan situasi itu.

Mungkin tu merupakan waktu kebiasaan peniaga roti tu berniaga, sebabtu dia bunyikan hon. Tapi apa-apa pun, reaksi Hannah Yeoh yang hanya tersenyum memang patut dipuji.

Kredit: Facebook Kau ninggal jela

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas