Connect with us

Oh! Media

“Cerita Meletup Barulah Nak Mengaku..”- Waris Mat Kilau Jawab Tuduhan Kejar Populariti

waris

Oh! Artis

“Cerita Meletup Barulah Nak Mengaku..”- Waris Mat Kilau Jawab Tuduhan Kejar Populariti

Apa masalah orang kita sebenarnya? Mungkin betullah apa yang selalu dikatakan yang orang kita ni terkenal dengan hasad dengki. Sifat ni boleh dilihat bila ada orang yang mula menghina dan menuduh waris Mat Kilau sebagai kejar populariti.

ADVERTISEMENT

BACA: Filem Mat Kilau Berbaloi Dan Berjaya Bangkitkan Semangat Anak Melayu, Tapi…

Kita semua sedia maklum yang filem Mat Kilau yang masih ditayangkan di pawagam mendapat sambutan yang membanggakan. Ini apabila dalam tempoh dua minggu sahaja filem ini telah berjaya mengutip RM47 juta dan kutipan ini akan terus meningkat.

Disebalik kejayaan filem ini, kita juga dapat melihat waris sebenar pahlawan Mat Kilau yang sama-sama hadir menonton. Dalam satu perkongsian seorang pengguna TikTok, waris Mat Kilau telah menempah satu dewan panggung wayang.

Keturunan isteri pertama Mat Kilau

Bila waris Mat Kilau tempah satu dewan sekali pakej air dan popcorn tengok Mat Kilau. Sepanjang babak dalam filem, semua bersorak tepuk tangan.

Mereka semua ni keturunan isteri pertama Mat Kilau iaitu Yang Chik seperti dalam filem. Mat Kilau dan Yang Chik dan satu-satunya anak perempuan iaitu Khatijah dan inilah waris-warisnya.

Mat Kilau yang berkahwin bersama Yang Chik turut dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Omar, Ali dan Khalid.

Banyak kisah-kisah pasal Mat Kilau yang boleh diceritakan, kisah yang hanya dikongsi dengan keluarga dan tiada diceritakan dalam filem Mat Kilau ni. Kalau ada rezeki nanti, boleh kongsi bersama semua. – Kongsinya.

Bukan nak ambil kredit

@thenazfamily Semua happy gila dengan watak2 dalam filem Mat Kilau. Habis je cerita, non stop bercerita pasal kisah Mat Kilau. Antara cerita yang diceritakan Bagaimana diorang semua tak percaya bila mula2 Mat Kilau perkenalkan diri pada tahun 1969 sampai Mat Kilau terpaksa tunjuk badan dia memang berlubang kesan kena tembak dengan Peluru Emas. Kerana hanya peluru Emas boleh menembusi kekebalan Mat Kilau #MatKilau #filemmelayu #filemmatkilau #fyp ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Dalam perkongsian inilah kita dapat lihat ramai yang dengki dengan waris pahlawan negara ini. Ini apabila mereka mendakwa waris Mat Kilau hanya keluar nak ambil kredit dari kejayaan filem berkenaan.

Tidak membiarkan tuduhan melampau itu, @thanazfamilt menegaskan mereka sekeluarga tiada niat untuk meraih perhatian orang ramai mahupun menumpang kejayaan filem Mat Kilau. Mereka hanya ingin menunjukkan wartis Mat Kilau turut memberikan sokongan terhadap filem berunsurkan pahlawan negara.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas