Connect with us

Oh! Media

“Jordi Amat Akan Sertai JDT, Dion Cools Nanti Dulu” – TMJ

Umum

“Jordi Amat Akan Sertai JDT, Dion Cools Nanti Dulu” – TMJ

Bekas pemain Espanyol dan Swansea City, Jordi Amat bakal menyertai pasukan gergasi negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi kempen Liga Malaysia, musim ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Sultan Johor Berkenan TMJ Untuk Terus Terajui Skuad Bola Sepak JDT

Memetik laporan Harian Metro, perkara ini didedahkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sesi perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ mendedahkan bahawa Jordi akan didaftarkan dibawah kuota Asean, namun perlu menunggu Republik Indonesia mengeluarkan pasport buat pemain itu.

Jordi akan jadi sebahagian keluarga JDT dan jika semua proses mengenai pasportnya selesai, insya-Allah dia akan menyertai JDT dalam masa terdekat. Apa yang saya tahu ibunya berasal dari Makasar, Indonesia.

Adalah satu kerugian jika Indonesia tidak mengambilnya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan kerana dia pemain yang berpengalaman apabila beraksi lebih 100 perlawanan kompetitif di Eropah terutama di Sepanyol dan di England.

Apapun kita tunggu sahaja proses berkenaan dan berharap dia akan menyertai JDT secepat mungkin,

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mengulas mengenai desas desus perpindahan pemain kacukan negara, Dion Cools ke JDT.

Menurut TMJ, Dion Cools hanya mempunyai hubungan baik dengan JDT dan masih belum ada perancangan untuk membawa pemain itu ke JDT kerana dia masih mempunyai kontrak dengan kelab yang diwakilinya, FC Midtjylland.

Jika kami mahu mendapatkan Dion menyertai JDT, kami perlu membayar pampasan dengan jumlah tinggi.

Jadi biar dia terus bermain bersama kelabnya dan kita tunggu sehingga tamat kontrak. Kita tunggu musim depan dia akan bersama JDT.

Wah, dengan kehadiran pemain berkelas dunia seperti Jordi Amat, bertambah hebat dan kuatlah pasukan JDT lepas ni.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas