Connect with us

Oh! Media

“Nak Cari Masalah? Silap Besar” – Caprice Beri Respon, Siap Perli Sharnaaz Ahmad

Oh! Artis

“Nak Cari Masalah? Silap Besar” – Caprice Beri Respon, Siap Perli Sharnaaz Ahmad

Tular sebuah isu membabitkan perbalahan antara pelakon tanah air, Sharnaaz Ahmad dengan penyanyi rap, Caprice di laman Instagram masing-masing.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dari Jauh Je Berani Sotong” – Caprice Balas Sindiran, Sharnaaz Ahmad Ajak Jumpa

Perbalahan bermula ketika Sharnaaz dikatakan memerli usahawan terkenal itu melalui siaran langsung di Instagram dengan mengenakan filter pak arab.

Berhubung perkara itu, Caprice bertindak memuat naik video di laman Instagram memaparkan adegan Sharnaaz dalam salah satu dramanya iaitu Suamiku Encik Sotong.

Sharnaaz Ahmad ajak jumpa

Menerusi laman Instagram Sharnaaz Ahmad, pelakon tersebut turut memberikan respon dengan mengajak Caprice untuk bersemuka dengannya.

Dia juga telah memuat naik gambar tangkap layar tentang perbualan dirinya dengan penyanyi rap itu melalui aplikasi WhatsApp.

Selain itu, Sharnaaz juga turut mendedahkan lokasinya di sebuah tempat makan bagi memudahkan Caprice untuk bertemu dengan dirinya.

Cari masalah dengan Caprice? Silap besar

Tidak berhenti setakat itu, Caprice juga dilihat turut memberikan respon terhadap kenyataan pelakon itu yang ingin bertemu dengan dirinya.

Berdasarkan hantaran di Insta Story miliknya, Caprice menyatakan bahawa ia merupakan silap yang besar jika ingin mencari masalah dengan dirinya.

Selain itu, penyanyi yang baru pulang dari misi kemanusiaan itu menyatakan bahawa dirinya tidak dapat bertemu dengan Sharnaaz oleh kerana sedang menjalani kuarantin kendiri.

Oh Mamu, silap besar. Kamu mahu cari masalah dengan Caprice?

Pertama, lebih baik hang tulis surat dekat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk extend waktu kuarantin.

Tambahnya lagi, dia turut menyuruh Sharnaaz agar berfikir secara waras jika ingin mencari masalah dengannya.

Tapi kita bagi hang 3 ke 4 jam untuk berfikir secara waras sebab Ampang, Damansara, Kuala Lumpur is too small bro.

Mengakhiri videonya itu, Caprice juga turut menyatakan bahawa dia akan berjumpa dengan pelakon itu jika masih ingin mencari masalah dengan dirinya.

Jika benar kamu ingin mencari masalah, I see u when I see u. Insha Allah.

Menerusi hantaran yang lain, Caprice juga dilihat turut memuat naik gambar di Insta Story-nya memaparkan beberapa resepi cara untuk memasak sotong.

Hantaran itu seakan-akan ingin memerli Sharnaaz oleh sebab pelakon itu pernah memainkan watak lembut dalam drama Suamiku Encik Sotong seperti yang dimuat naik Caprice sebelum ini.

Kredit: Instagram Caprice dan Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas