Connect with us

Oh! Media

Student Menyesal Beli Kereta ‘H’ Sebab Tiada Siapapun Yang Pandang

honda city

Oh! Lifestyle

Student Menyesal Beli Kereta ‘H’ Sebab Tiada Siapapun Yang Pandang

Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki kereta mewah, ataupun sekadar cukup mempunyai kereta berjenama tempatan kerana lebih murah dan berbaloi.

ADVERTISEMENT

Dalam satu perkongsian di Facebook ini, seorang individu yang juga merupakan seorang pelajar meluahkan rasa menyesal kerana telah membeli sebuah kereta berjenama Honda.

Kata individu itu, kehadirannya tetap tidak disedari sesiapa pun meskipun memandu kereta berjenama Honda itu di kampus.

Honda City Hatchback RS tiada orang kesah!

Bukan nak cakap apa. Macam tak function je beli Honda City Hatchback RS ni. Saya student, masa tu parkir dekat depan kafe hostel, Tak ada siapa pun pandang.

Tambahnya lagi, dia terpaksa ‘berlakon’ seperti berulang-alik ke keretanya supaya mendapat perhatian orang sekeliling, namun gagal.

Lepas masuk kafe hostel tu saya keluar balik pergi ke kereta, buat-buat macam barang tertinggal. Tapi sama je tak ramai pandang saya dan City RS saya ni.

Lelaki itu kemudiannya merasakan bahawa lebih baik dia membeli kereta Axia E sahaja kerana terasa membazir menjelaskan bayaran bulanan lebih RM1,000 namun tetap tidak diendahkan.

Lain kali cuba bawa van jenazah pula..

May be an image of car and text that says 'POWER Owners Macam tak function beli City Bukan nak cakap Hatchback RS ni. Saya student, masa parking dekat depan kafe hostel, ada siapa pon pandang saya masa keluar dari City RS Auto saya lepastu masuk kafe hostel tu saya keluar balik pergi kereta buat2 macam ada barang tinggal, tapi sama je ramai tak pandang saya City RS saya yang ada makcik cleaner tu pon dia tegur suruh saya ke belakang bawah kereta. Kalau ke spec yang tak ada radio. Rm1000 sikit sebab ada sampah gayanya baik saya Rugi la bayar sebulan nak dekat orang macam tak pandang pon saya'

Apa sangat lah kalau setakat H (Honda) ni. Nak orang pandang, cuba bawa kereta jenazah pergi kampus. Confirm semua terbeliak biji mata.- Komen seorang netizen.

Namun begitu, ada juga yang menganggap luahan lelaki itu hanyalah sebagai gurauan kerana isu melibatkan kereta berjenama Honda ini sememangnya sering diperkatakan netizen sejak dahulu lagi.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas