Connect with us

Oh! Media

Ramai Bantah Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori, Kerajaan Sedia Tarik Balik Cadangan 

hukuman mati

Trending

Ramai Bantah Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori, Kerajaan Sedia Tarik Balik Cadangan 

Rasanya ramai yang tahu kerajaan telah bercadang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia. Tapi banyak pihak bersetuju dengan tindakan tersebut dan menyatakan keputusan memansuhkan hukuman mati ini akan meningkatkan lagi kes jenayah.

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Kesan Kepada Negara Jika Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan

Menurut laporan Kosmo, kerajaan walaubagaimanapun bersedia menarik balik cadangan itu secara mandatori jika majoritinya berpendapat langkah tersebut tidak patut diteruskan.

Kerajaan juga bersikap terbuka menerima bantahan rakyat dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kita akan cuba buat pungutan suara dalam masa terdekat dan sekiranya rakyat tolak, saya akan bawa balik dalam mesyuarat Kabinet.

Pelaksanaan hukuman gantian juga boleh dibuat pada awal Januari depan jika Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan hal ini.

Bagaimanapun, sebelum dibawa ke Parlimen, kita akan buat banyak sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk diadakan pungutan suara bagi melihat respons rakyat.

Apa pandangan korang? Apapun, semoga kerajaan dapat buat yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas