Connect with us

Oh! Media

Iman Troye Selamat Bertunang? Ini Respon Balas Naim Daniel

Oh! Artis

Iman Troye Selamat Bertunang? Ini Respon Balas Naim Daniel

Nama penyanyi tanah air, Iman Troye semakin melonjak naik selepas kemunculan pertamanya melalui lagu Teman yang berjaya memikat hati ramai peminat.

ADVERTISEMENT

BACA: Iman Troye Minta Maaf Kurang Sensitif Isu Covid-19, Sharnaaz Ahmad Tinggalkan ‘Pesanan’

Single sulungnya itu juga berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 20 juta di laman YouTube dan telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui aplikasi Spotify.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin juga pernah dikaitkan hubungan cinta bersama penyanyi Naim Daniel selepas melihat kemesraan mereka di media sosial.

Iman Troye, Naim Daniel selamat bertunang?

Namun, nama penyanyi itu sekali lagi menjadi perhatian selepas peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar pertunangan dua penyanyi itu.

Lebih mengejutkan, perkara itu dikongsikan sendiri oleh Iman Troye di laman Instagramnya Sabtu lalu memaparkan gambar berada di sebuah majlis pertunangan.

Menerusi hantaran itu, Iman turut menulis kapsyen seakan-akan mengiakan dan memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah dilamar orang.

Berhubung dengan itu, persoalan demi persoalan telah membanjiri ruangan komen hantaran itu bagi mengetahui kebenaran sebalik foto tersebut.

Difahamkan juga, sebelum ini, penyanyi itu turut meletakkan tag nama akuan Instagram Naim Daniel sehingga tercetus pelbagai spekulasi.

Naim Daniel beri respon balas

Menjelaskan situasi sebenar, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, tindakan Iman yang menjadi tanda tanya itu hanyalah gurauan semata-mata.

Saya dan Iman tidak bertunang pun, itu cara kami bergurau.

Sebelum itu, dia sudah bertanya dan maklumkan kepada saya terlebih dahulu sama ada boleh atau tidak gurau begitu.

Menurut laporan Kosmo, Naim juga turut memohon maaf sekiranya gurauan tersebut telah mengundang rasa tidak selesa kepada umum.

Naim Daniel dan Iman Troye

Apabila Iman buat begitu, saya saja nak bergurau dengan orang ramai.

Apa pun, saya minta maaf sekiranya gurauan tersebut menganggu ketenteraman awam.

Difahamkan, Iman telah memadam tag nama naim pada foto tersebut dan dikatakan gambar tersebut dirakam semasa majlis pertunangan rakan mereka.

Kredit: Instagram Iman Troye I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas