Connect with us

Oh! Media

“Boleh Undang Kami Untuk Konsert, Konsert Tak Perlu Buat Tauliah” – Ustaz Kazim Elias

Trending

“Boleh Undang Kami Untuk Konsert, Konsert Tak Perlu Buat Tauliah” – Ustaz Kazim Elias

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias antara nama yang tersenarai dalam 16 individu yang dilarang memberi ceramah di Pulau Pinang di atas alasan tak ada tauliah mengajar.

ADVERTISEMENT

Turut tersenarai adalah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan.

BACA: Tersenarai Dalam 16 Individu Tak Miliki Tauliah Mengajar, Ustaz Kazim Elias Dilarang Beri Ceramah Di Pulau Pinang

Memetik laporan Kosmo!, Ustaz Kazim patuh dengan keputusan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) itu.

Ustaz Kazim Elias

Beliau juga tak menolak kemungkinan larangan yang dibuat ada kaitan dengan pengumuman awal beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jelas beliau lagi, dari tahun 1995 beliau sudah beri ceramah di Pulau Pinang iaitu kira-kira 27 tahun lalu. Namun waktu itu kebenaran tauliah tak jadi isu, baru kini ianya ditimbulkan.

Beliau juga meminta maaf kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan MAINPP kerana memberi ceramah tanpa tauliah selama ini.

Saya telah menubuhkan kumpulan nasyid dan kumpulan muzik saya sendiri. Kalau negeri-negeri tadi mahu jemput saya, tetapi tidak boleh buat ceramah, boleh undang kami untuk konsert. Konsert tidak perlu membuat tauliah.

Selepas ini, negeri-negeri yang melarang saya berceramah, boleh panggil saya membuat konsert tanpa saya sentuh isu agama, ayat al-Quran dan hadis.

Difahamkan, Ustaz Kazim mempunyai tauliah mengajar dari negeri Perak dan Wilayah Persekutuan dan tak berhasrat untuk mohon tauliah di negeri lain.

Saya pun sudah terlibat secara aktif dalam filem, mungkin akan menceburi bidang itu dan filem saya pun akan keluar tidak lama lagi. Berlakon filem pun tidak perlu tauliah, saya rasa saya akan tumpu kepada filem dan drama.

Jika tak ada jemputan ceramah, beliau akan membuat sesi langsung ceramah di media sosialnya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas