Connect with us

Oh! Media

Menyediakan Sajian Yang Lebih Sihat Di Hari Raya

Hari Raya

Oh! Lifestyle

Menyediakan Sajian Yang Lebih Sihat Di Hari Raya

Dah nak dekat Hari Raya Aidilfitri ni, mesti ramai umat Islam akan sibuk dengan persiapan akhir kan? Dari membeli baju raya sampailah ke penyediaan sajian tradisional untuk dihidangkan pada hari raya.

ADVERTISEMENT

Tetapi ramai antara rakyat Malaysia kurang sedar tentang kepentingan menyediakan sajian berkhasiat.

Menurut Dr Lim Sim Yee, Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Sunway, Sunway City jika makan berlebihan ketika waktu hari raya ia boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Ini boleh mengakibatkan kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti peningkatan risiko obesiti dan kondisi kesihatan berkaitan seperti kencing manis dan penyakit jantung. Makan terlalu banyak atau mengambil makanan tinggi lemak dan tinggi gula juga boleh membawa kepada masalah penghadaman seperti ketidakcernaan, kembung perut dan sembelit.

Dr Lim juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk makan makanan yang lebih berkhasiat seperti sajian panggang atau bakar berbanding bergoreng atau hidangan tinggi lemak dan memperbanyakkan sayur-sayuran. Selain itu, orang ramai juga disyorkan mengambil jumlah yang kecil untuk setiap sajian dan makan perlahan-lahan.

Tambahan, minuman dan pencuci mulut tradisional yang tinggi kandungan gula juga harus dikurangkan atau lebih mudah memilih minuman tanpa gula.

Anda juga boleh cuba membuat minuman sendiri dengan mencampurkan air dengan buah-buahan dan herba. Buah-buahan segar boleh memenuhi keinginan kepada makanan manis tanpa penambahan gula.

Anda juga boleh cuba membuat pencuci mulut tradisional versi yang lebih sihat menggunakan pemanis semula jadi seperti kurma, madu dan sirap mapel, bukannya gula putih. Mengurangkan amaun gula dalam resepi dan tambah lebih banyak bahan berserat tinggi seperti bijiran penuh atau buah.

Ibu bapa juga boleh memantau atau meletakkan had kepada makanan manis atau berkalori tinggi yang diambil oleh anak-anak mereka sewaktu perayaan.

Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau menunggang basikal. Ini boleh membantu membakar kalori berlebihan dan tenaga, dan mempromosi gaya hidup sihat.

Dr Lim juga memaklumkan untuk memilih makanan lebih sihat terutamanya sajian tradisional seperti sajian rendang dengan mengurangkan santan. Manakala, sayur lodeh juga boleh dipelbagaikan seperti memasukkan terung, kubis dan kekacang.

BACA: #JUADAH Khas Di Hari Raya, Ini Resepi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Paling Nikmat!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas