Connect with us

Oh! Media

Viral Kontes ‘Kongsikan Ipoh Anda’ Rakyat Malaysia Teruja Muat Naik Gambar & Video Kenangan Di Ipoh

KONGSIKAN IPOH ANDA OLDTOWN White Coffee

Branded

Viral Kontes ‘Kongsikan Ipoh Anda’ Rakyat Malaysia Teruja Muat Naik Gambar & Video Kenangan Di Ipoh

“Rindunya nak bercuti. Tak dapat keluar negara dalam negara pun bolehlah”

Hampir setahun berkurung tahun ni, sejujurnya kami rindu sangat nak pergi travel. Tapi nak buat macam mana larangan merentas negeri menghalang segalanya.

Kalau anda seperti kami, yang rindu nak mengembara ‘melihat’ dunia. Kami nak ajak anda sertai satu kontes yang tengah viral dekat page kami.

Ya.. Hanya perlu sharekan kenangan korang, secara spesifik kenangan di Ipoh. Ini kami kongsikan antara penyertaan yang kami terima.

Kalau anda nak tau, peraduan ni telah pun bermula sejak 30 Ogos yang lalu di page Oh! Media, BeautifulNara, GoodyMY serta Goody25 dan akan berakhir 16 September 2021. 

Peraduan ini dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, disamping memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi keindahan Ipoh.

Kalau anda nak join pun, sempat lagi. Apa yang anda perlu lakukan, hanyalah muat naik gambar atau video kenangan yang anda tak boleh lupakan di Ipoh.

Gambar atau video dengan kawan-kawan, makanan, pemandangan indah atau budaya Ipoh yang anda rindukan. Semua boleh!

13 orang pemenang akan dipilih secara rawak dari semua penyertaan yang diterima dari Facebook page yang mengambil bahagian. 

3 penyertaan terbaik akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama. Pemenang akan menerima  wang tunai dan model miniatur Ipoh. Bestnya!

Tapi bukan itu je, gambar dan video terpilih juga akan dikompilasikan dalam video pendek OLDTOWN White Coffee x Oh!Media

Rindu nak travel? Kongsikan Ipoh Anda bersama kami!

Sebenarnya banyak ‘hidden gems’ yang ada di Ipoh ni, penulis pun pernah pergi 2 kali je ke sana. Tapi itupun tak sempat cover seluruh Ipoh lagi.

Kalau anda nak tau sebenarnya terdapat satu lagi yang menarik tentang Ipoh ni, ia merupakan tempat kelahiran OLDTOWN White Coffee. Jenama kopi putih pilihan utama rakyat Malaysia.

Campuran 3 jenis kopi premium yang dipanggang sempurna menjadikan rasanya lebih eksklusif dan premium. 

Bagi memberikan lebih banyak pilihan buat peminat setiap kopi, OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 hadir dengan varian Klasik, Perisa Kacang Hazel, Extra Kaw,, 25% Kurang Gula, Kopi & Krimer dan Dengan Gula Tebu Asli.

Manakala untuk OLDTOWN White Coffee yang sedia diminum dalam tin terdapat 3 pilihan rasa iaitu Klasik, Perisa Kacang Hazel dan Karamel Masin.

OLDTOWN turut mempunyai variasi Nanyang Series iaitu produk Nanyang kopi putih O (dengan gula) & NanYang kopi putih O kosong . 

Bagi yang bukan penggemar kopi, OLDTOWN Milk Tea Series ada 3 pilihan yang korang boleh cuba iaitu Teh Susu Putih, HK Style Teh Susu  dan Teh Tarik. 

Jadi tunggu apa lagi, daripada terkenang nasib diri tak dapat merentas negeri. Kongsikan kenangan Ipoh anda bersama kami. Mungkin andalah pemenang yang kami cari.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Picoworm telah bekerjasama dengan OLDTOWN White Coffee untuk ‘menghidupkan’ Ipoh’ dalam bentuk miniatur.

Untuk anda yang belum mengetahui, Picoworm ini merupakan seorang artis miniatur yang sangat kreatif dan hebat. Malah bakatnya turut mendapat perhatian daripada artis Hollywood Ryan Reynolds. Wow!

Contoh karya Picoworm

Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat. Klik di SINI untuk hantar penyertaan anda.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas