Connect with us

Oh! Media

Bahaya Guna WiFi Awam, Kemungkinan Data Persendirian Senang Untuk Digodam!

Branded

Bahaya Guna WiFi Awam, Kemungkinan Data Persendirian Senang Untuk Digodam!

Bila kita keluar dengan kawan-kawan untuk buat kerja atau bermain online gaming, salah satu punca boleh buat potong mood adalah betapa lemahnya sambungan WiFi di tempat yang kita tengah duduk betul tak? 

Bukan itu saja, kadang-kadang bila kita pergi ke tempat yang menyediakan keperluan WiFi, ianya tersedia pada masa yang sangat terhad dan kita perlu beli sesuatu semata untuk renew password WiFi. Ish, sangat tak membantu tau!

Namun, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah kalau salah seorang daripada kita dapat menyediakan hotspot tanpa had! Jadi, jom kami kongsi 5 sebab kenapa korang perlu guna hotspot berbanding WiFi!

1. Lebih Mudah Untuk Mereka Yang Bekerja Secara Hybrid

Siapa dekat sini yang perlu bekerja tak kira tempat dan masa, korang mesti akan frust bila sambung dengan WiFi awam sebab kadang-kadang bukan saja lambat, nak connect pun susah betul tak? 

Kalau dengan hotspot, semua masalah ini dapat diselesaikan sebab ianya lebih mudah untuk dihubungkan. Jadi, lepas ni walaupun korang terpaksa bekerja di secara hibrid, korang dah tak perlu risau untuk hantar dan terima emel menggunakan WiFi! Guna saja hotspot!

2. Data Persendirian Lebih Selamat

Kalau korang gunakan hotspot, data persendirian korang kini lebih selamat dan terjamin tau! 

Macam yang korang tahu, kalau korang menghantar dan menerima sebarang maklumat peribadi menggunakan WiFi awam, maklumat-maklumat tersebut tidak terjamin keselamatannya dan lebih mudah untuk terdedah kepada penggodam. 

Menurut Forbes, sebanyak 43% keselamatan dalam talian tergugat semasa menggunakan WiFi awam dan ia lebih mudah terdedah kepada penggodam untuk mencuri maklumat peribadi korang. Jadi, ada baiknya kalau korang bertukar kepada hotspot!

3. Tiada Lag Kalau Main Online Gaming

Haa, siapa dekat sini selalu annoyed dengan WiFi yang perlahan bila main permainan atas talian? Mana taknya, disebabkan lag tu lah kita boleh kalah tau! 

Dengan hotspot, korang dah tak perlu risau kalau WiFi perlahan atau tiba-tiba terputus hubungan dengan WiFi yang boleh menyebabkan korang kalah dalam permainan!

4. Tidak Perlukan Kabel Atau Router

Kalau korang menghubungkan hotspot, korang tak perlukan sebarang kabel atau router untuk membuatkan berfungsi. Jadi, tak ada lah korang serabut nak menyusun kabel betul tak?

Bukan itu saja, kalau korang menggunakan WiFi, ia akan menyusahkan korang apabila korang menghadapi cuaca yang tidak menentu. 

Contohnya, kalau lah waktu tu korang ada perkara penting nak dihantar, tapi tempat korang dilanda hujan ribut, semestinya ia akan menjejaskan kelajuan sambungan internet, serta korang akan berpotensi untuk menghadapi blackout. Jadi, dengan hotspot, korang dapat mengelakkan daripada semua perkara ini daripada berlaku. 

5. Boleh Berkongsi Dengan Pelbagai Jenis Peranti

Paling penting, kalau korang menggunakan hotspot, korang boleh berkongsi seberapa banyak data hotspot untuk pelbagai jenis peranti seperti laptop, Smart TV, tablet dan macam-macam lagi tau. Ini yang kita mahukan! 

Nikmati Lebih Banyak Faedah Internet Berkelajuan Pantas Dengan Pelan U Postpaid

Percaya tak kalau kami kata korang boleh kongsi data sehingga 1,000GB serta mampu untuk menampung pelbagai jenis peranti dalam satu masa tanpa had? Biar betul?!

Untuk pengetahuan, U Mobile hadir dengan pelan yang sangat sesuai dengan situasi yang korang hadapi iaitu pelan U Postpaid 38, 68 dan 98 di mana kesemua pelan ini mempunyai ciri Ultra Hotspot 5G yang menyokong data berkelajuan pantas 5G sehingga 1,000GB! Bestnya!

Paling penting, tiada sebarang HAD LAJU dikenakan, serta kalau korang menggunakan pelan U Postpaid 38 ini, korang boleh upgrade daripada 30GB kepada 60GB tau! Fuhh, bukan sikit-sikit naik tu!

Alang-alang tu, kalau korang ada perancangan untuk merantau satu dunia, korang dah tak perlu membazir duit untuk beli data perantauan sebab dengan pelan U Postpaid 68 dan 98, korang diberikan PERCUMA 15GB untuk digunakan di 63 destinasi terpilih! Biar betul?! 

Untuk korang yang menggunakan talian yang sama dengan keluarga, korang boleh jimat lebih banyak dengan pelan U98 sebab korang boleh buat penambahan sehingga 6 talian untuk ciri U FamilyShare. Kalau tanya kami, memang kami setuju sangat menjimatkan!

Selain itu, kalau korang ada perancangan untuk beli peranti yang menyokong rangkaian 5G, korang boleh nikmati 0% kadar ansuran kalau korang langgan pelan Postpaid 68 tau!

Haa, sekarang korang dah tahu apa yang perlu dibuat kan? Tunggu apa lagi, cepat langgan pelan U Postpaid sekarang untuk menikmati semua faedah yang U Mobile tawarkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi U Mobile sekarang atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas