Connect with us

Oh! Media

Telefon Pintar Lutsinar, Nothing Phone (1) Dijangka Sokong 45w Pengecasan Pantas 

Phone 1

Oh! Tech

Telefon Pintar Lutsinar, Nothing Phone (1) Dijangka Sokong 45w Pengecasan Pantas 

Sebelum ini kami melaporkan yang telefon pintar lutsinar dari jenama Nothing telah menjadualkan hari pelancaran Phone (1) pada 12 Julai ini yang akan diadakan secara langsung dari London.

ADVERTISEMENT

BACA : Telefon Pintar Jenama Baru Dan Lutsinar, Nothing Phone (1) Akan Lancar Pada 12 Julai Ini

Menariknya, Nothing Phone (1) ini dikatakan hadir dengan ‘design’ lutsinar dan sekaligus membuatkannya lain dari yang lain. 

Belum masuk bulan Julai lagi, dah ada maklumat yang tertitis mengenai Phone (1) ini dimana ia hadir dengan 45w pengecasan pantas. Pergh! Mantap juga tu.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan pensijilan TUV yang menunjukkan bahawa telefon pintar itu menyokong sehingga 45w pengecasan pantas.

Pensijilan TUV

Bukan tu jer, maklumat itu juga turut menyenaraikan tiga nombor model iaitu C304, C347 dan C348 yang mungkin hadir dengan 3 varian global dipadankan dengan pengecasan yang sama.

Mesti ramai yang tak sabar nak tengok rupa sebenar Nothing Phone (1) kan? Sama-samalah kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas