Connect with us

Oh! Media

“Jodoh Awak Mungkin Tiada Dekat Dunia Ni” – Zarina Zainuddin Sebak Permintaan Azal Mahu Kahwin

Oh! Artis

“Jodoh Awak Mungkin Tiada Dekat Dunia Ni” – Zarina Zainuddin Sebak Permintaan Azal Mahu Kahwin

Bila sebut tentang perkahwinan, hampir semua orang mahu mengalami fasa tersebut. Hal ini berlaku juga kepada anak pelakon Zarina Zainuddin, Azal.

ADVERTISEMENT

BACA: “Lantak La Orang Nak Cakap” – Ini Respon Zarina Zainuddin Bila Dituduh ‘Repair’ Hidung

Umum mengetahui bahawa Azal merupakan seorang anak autisme dan agak sukar baginya untuk bertindak sebagai orang normal. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk berkahwin merupakan fitrah semula jadi manusia.

Mahu berkahwin

Baru-baru ini, Zarina memaklumkan bahawa Azal mempunyai keinginan berkahwin dengan wanita yang normal. Namun, ciri-ciri wanita impian anak lelakinya itu agar sukar buat Zarina untuk memenuhi.

Macam mana nak cari perempuan yang normal yang mana impiannya mahukan perempuan yang cantik, yang tinggi lampai, yang putih melepak, mata bulat, mata coklat, kaki panjang, rambut panjang. Dia nak perempuan rambut panjang je, perempuan bertudung dia tak nak.

Dalam pada masa yang sama, Zarina mendedahkan anaknya pernah dilamar oleh seorang wanita negara jiran yang sangat cantik namun ditolak kerana bertudung.

Saya tunjuk dekat Azal, kemudian Azal mengamuk. Azal cakap “Tak nak, saya tak nak perempuan pakai tudung, tak nak yang berhijab. Ibu faham tak ibu? Do you understand me?”

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Zarina dan mendoakan agar urusan jodoh buat Azal dapat dipermudahkan.

zarina
zarina

Semoga Azal dapat dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas