Connect with us

Oh! Media

“Khilaf Saya Kerana…” – Perakam Mengaku Sebar Fitnah Pemandu Bas Bercium

bas cium

Oh! Tidak

“Khilaf Saya Kerana…” – Perakam Mengaku Sebar Fitnah Pemandu Bas Bercium

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Tak pasal-pasal busuk nama orang lain gara-gara fitnah yang dilemparkan tanpa usul periksa.

ADVERTISEMENT

BACA: Dakwaan Pemandu Bas Bercium Fitnah, Saksi Tampil Cerita Situasi Sebenar

Seperti yang kecoh di media sosial ini, tular rakaman video pendek memaparkan aksi pemandu bas dan kelindan seakan-akan sedang bercium. Tapi rupa-rupanya video itu tidak benar sama sekali.

Hal itu diakui perakam apabila dia tampil dengan satu kenyataan memohon maaf kepada dua pekerja syarikat bas berkenaan.

fitnah pemandu bas

Dia juga mengakui silap apabila menyiarkan gambar serta rakaman kepada umum tanpa berhubung dengan pihak pengurusan bas terlebih dahulu.

Tuduhan bercium seperti yang disebut di dalam posting saya itu tidaklah benar. Khilaf saya kerana tidak memastikan kejadian tersebut adalah benar atau tidak.

Katanya lagi, posting yang dibuat telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan ramai. Dia bagai manapun sudah memadam video dan memohon pihak lain juga dapat membuat perkara yang sama.

fitnah

Perakam sekali lagi memohon maaf kepada pemandu bas dan keluarga yang terjejas dengan hantaran yang telah dibuatnya.

Terdahulu, tular kenyataan seorang saksi kejadian mendakwa kelindan hanya membetulkan radio box yang terletak di belakang kerusi pemandu bukannya bermesra seperti yang didakwa.

Kredit: TikTok @iffahdanishaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas