Connect with us

Oh! Media

Aaron Aziz Sampai Sumpah Dengan Al-Quran Semalam, Hari Ini Syamsul Yusof Ajak Jumpa

syamsul yusof

Oh! Artis

Aaron Aziz Sampai Sumpah Dengan Al-Quran Semalam, Hari Ini Syamsul Yusof Ajak Jumpa

Semalam (23 Mac 2023), pelakon Aaron Aziz meluahkan perasaan dalam satu video tentang isu antara dirinya dan pengarah filem ‘The Original Gangster’, Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

Dalam video itu, Aaron mendedahkan banyak perkara termasuklah mengajak Syamsul jumpa untuk berbincang tetapi mendakwa ditolak Syamsul.

BACA: Siap Bersumpah Dengan Al-Quran, Datuk Aaron Aziz Dedah Perkara Sebenar Tentang Syamsul Yusof

Sedar tentang dakwaan itu, Syamsul dalam satu kenyataan memaklumkan dia tidak mempunyai masalah untuk berjumpa Aaron kerana mahu berbaik-baik semula.

Aaron tetap sahabat saya…

syamsul yusof

Boleh nak jumpa berdua, tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.

Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional.

Kita harapkan agar perselisihan faham antara Syamsul dan Aaron Aziz dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas