Connect with us

Oh! Media

Rakyat Malaysia Dan Suami Terkandas Dalam Gaza Selamat Tiba Di Malaysia

gaza

Trending

Rakyat Malaysia Dan Suami Terkandas Dalam Gaza Selamat Tiba Di Malaysia

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan kisah tentang seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di bumi Gaza dan meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu yang menghubunginya semata-mata ingin mendengar bunyi bom.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakyat Malaysia Di Bumi Gaza Kecewa Orang Ramai Hubungi Semata-Mata Nak Dengar Bunyi Bom

Nurul Ain Haron, 37 dan suaminya, Mohamad Adan Shaat, 33 bagaimanapun telah selamat tiba di tanah air, Malaysia jam 8.55 malam tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, pasaangan terbabit telah menaiki pesawat QR4993 Qatar Airways yang berlepas dari Doha, Qatar.

Selepas mengharungi perjalanan lebih 17 jam yang bermula dari Rafah ke Cairo, transit pula di Oman sebelum tiba di KLIA.

Sebenarnya kami taknak keluar sebab keluarga ada di sana (Gaza) tapi keadaan makin teruk dari 2014. Suami kena kerja, kalau tak macam mana nak sara mereka.

Dekat sana bukan mudah kerana tiada stok makanan, selimut dengan barangan keperluan lain. Lebih baik kami keluar dari Gaza dan ambil langkah lain untuk salurkan bantuan di sana.

Malah dekat sana, ada dalam kalangan ahli keluarga yang syahid. Rumah dia dibom bukan satu tapi lapan peluru berpandu sehinggakan muka pun hancur tak nampak.

Kredit: BERNAMA

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas