Connect with us

Oh! Media

Najis Kucing Boleh Menyebabkan Kandungan Maut, Peringatan Buat Ibu Hamil

kucing

Oh! Lifestyle

Najis Kucing Boleh Menyebabkan Kandungan Maut, Peringatan Buat Ibu Hamil

Seorang usahawan berkongsi kisah duka apabila bayi dalam kandungannya yang baru berusia 9 bulan disahkan meninggal dunia berpunca dari najis kucing.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Kandungan, Usahawan Wanita Reda Punca Dari Najis Kucing

Bagi pencinta kucing di luar sana, korang perlu berhati-hati dengan najis kucing perliharaan korang kerana ia boleh memberi kesan yang buruk pada kesihatan.

Kucing

Untuk pengetahuan korang, najis kucing mempunyai parasit Toxoplasma gondii (T.gondii) yang boleh menyebabkan keguguran pada kandungan dan mengganggu sistem pertumbuhan saraf bayi.

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok, individu yang dikenali sebagai Dr Wan Share tampil memberi penerangan mengenai jangkitan berkenaan.

Toksoplasmosis adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan dengan parasit berkenaan yang merupakan salah satu parasit yang paling umum di dunia.

Jangkitan biasanya berlaku apabila seseorang itu makan daging tercemar yang tidak matang, pendedahan dari kotoran kucing yang dijangkiti, atau penghantaran ibu kepada anak semasa kehamilan.

Malah, Toksoplasma boleh mempengaruhi saluran pencernaan (termasuk mulut, kerongkong, perut, usus dan anus), jantung, saraf dan kulit.

Kebanyakan individu sihat yang dijangkiti Toksoplasmosis tidak mempunyai tanda atau simptom dan tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti.

Berikut adalah simptom dan tanda-tanda korang dijangkiti:

  • Sakit badan
  • Nodus limfa bengkak
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Keletihan

Sekiranya korang dijangkiti untuk kali pertama sebelum atau semasa kehamilan, korang boleh memindahkan jangkitan kepada bayi (toksoplasmosis kongenital), walaupun korang tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom tersebut.

kucing

Tambahan, jika ibu hamil dijangkiti penyakit berkenaan ia akan menyebabkan kandungan korang berisiko untuk mengalami kecacatan atau keguguran.

Dalam pada itu, Dr Wan turut menegaskan supaya ibu hamil untuk elak makan makanan yang mentah dan berhati-hati dalam mengendalikan najis kucing perliharaan.

@drwanshare

Attention kepada pencinta kucing… Hati2 kalau yang dok main dengan kucing, and mengandung… Bahaya… #shouldbeme #tiktokguru #dr1share #cat #pencintakucing

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Kredit: TikTok Dr Wan Share l HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Alhamdulillah, semoga kes sebelum ini bagi pengajaran kepada semua. #sharnaazahmad#mamu#kespukul#sembangentertainment#ohmedia#hj

♬ mary poppins – Little Green

  • kucing
  • kucing

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas