Connect with us

Oh! Media

Pengalaman Tak Boleh Lupa Buat Pengguna, Yoodo Raikan Pemuzik Bebas Seluruh Asia

Trending

Pengalaman Tak Boleh Lupa Buat Pengguna, Yoodo Raikan Pemuzik Bebas Seluruh Asia

Korang tahu tak, baru-baru ini Oh! Media telah dijemput untuk memeriahkan Yoodo Pumps It Up At The City Roars! Festival 2023 di dua lokasi yang berbeza selama dua hari berturut-turut! 

ADVERTISEMENT

Dengan alunan muzik tanpa henti dan bertenaga selama dua hari di City ROARS! Festival, ianya telah memberi impak yang hebat di dua tempat yang berbeza iaitu KLPAC dan Zepp KL.

Festival ini telah menghimpunkan beberapa artis tempatan seperti MASDO, Lost Spaces, DIRGAHYU, PITAHATI dan banyak lagi. Bukan sahaja artis tempatan, ada juga beberapa artis dari luar negara seperti Jepun, Indonesia dan Taiwan telah dijemput bagi memeriahkan City ROARS! Festival. 

The City ROARS! Festival Ketengah Bakat Tempatan

Menurut Ketua Pengarah Yoodo, Chow Tuck Mun berkata,

“The City ROARS! Festival merupakan acara paling penting bagi menunjukkan kepelbagaian dan kemeriahan persada muzik di Kuala Lumpur.

Di Yoodo, kami sentiasa menyokong artis tempatan secara aktif, dan kami percaya bahawa City ROARS! Festival adalah peluang yang terbaik untuk mempamerkan komitmen kami untuk mempromosikan bakat tempatan.”

Kita semua tahu bahawa muzik yang hebat perlu dimainkan tanpa gangguan, bukan? Dengan memberikan penggunanya pengalaman terbaik untuk pelan mudah alih, Yoodo percaya ia memenuhi keutamaan individu dengan alat tambah kandungan seperti Spotify (20GB) dan JOOX (20GB) pada harga yang tiada tandingan iaitu RM1 sebulan, serta berpeluang untuk mengalami pengalaman hebat barisan muzik secara langsung di City ROARS!

Sedikit info untuk korang, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih pertama yang membenarkan penyesuaian penuh untuk data, suara dan pelan serta membolehkan penjimatan luar biasa.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Yoodo, korang boleh log masuk ke yoodo.com.my atau cari di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan Twitter yoodoMY, atau dapatkan maklumat terkini di esports dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook dan Instagram @yoodoesportsMY.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas