Connect with us

Oh! Media

“#Goodluck Fuad” – Farah Lee Umum Sudah Berkahwin Selepas 7 Tahun Jadi Ibu Tunggal

Oh! Artis

“#Goodluck Fuad” – Farah Lee Umum Sudah Berkahwin Selepas 7 Tahun Jadi Ibu Tunggal

Sejak kebelakangan ini, nama pempengaruh Farah Lee sering menjadi bualan apabila ada individu mendakwa dirinya dan adik beradik liat membayar hutang RM130,000 yang dibuat arwah bapa mereka. 

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, individu itu dan kakaknya membuat satu permohonan maaf dan mengaku memuat naik hantaran dalam keadaan emosi dan menggunakan kata-kata kasar yang mengguris hati.

Terbaru dan kali ini berita gembira! Farah memaklumkan dia sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal. Wah! Tahniah..

Menerusi Instagram, Farah mengumumkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan individu dikenali sebagai Fuad pada Jumaat lepas.

Farah Lee

Okay done kahwin lagi sekali, 5 Januari 2024.

Bukan tu jer, menerusi kapsyen Farah juga meletakkan tanda pagar #goodluck Fuad bagi memberi gambaran untuk suaminya itu bersedia mengharungi rumah tangga bersama.

Tahniah diucapkan kepada Farah Lee dan semoga berbahagia bersama pasangan hingga ke akhirnya.

Kredit: Instagram Farah Lee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas