Connect with us

Oh! Media

4 Anggota Polis Digantung Tugas Sebab Kantoi Lakukan Perkara Ini

Polis ketum

Oh! Tidak

4 Anggota Polis Digantung Tugas Sebab Kantoi Lakukan Perkara Ini

Empat anggota polis disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar ketum telah digantung tugas. Memang patut pun!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, siasatan lanjut berhubung kegiatan itu sedang dijalankan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Kita (polis) sudah tahan kerja empat anggota yang ditangkap manakala individu lain yang ditahan pula (diambil keterangan) untuk siasatan.

Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan patologi.

Untuk info, pada awalnya tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan itu.

Polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun yang juga anggota polis di sebuah rumah di Brickfields dalam serbuan 4 Januari lepas.

Polis juga turut merampas daun ketum anggaran berat 18 kilogram dan air ketum anggaran berat 13.5 liter bernilai RM420 selain peralatan memproses ketum, pakaian seragam polis serta wang tunai RM1,200.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas