Connect with us

Oh! Media

Tak Tahan Cuaca Panas? Ini 4 Jenis Hidangan Penyejuk Badan Yang Korang Boleh Cuba

cuaca panas

Oh! Lifestyle

Tak Tahan Cuaca Panas? Ini 4 Jenis Hidangan Penyejuk Badan Yang Korang Boleh Cuba

Cuaca panas sekarang membuatkan tubuh badan kita cepat letih dan dehidrasi. Bagi menjaga keseimbangan tubuh dan mengatasi masalah ini, anda boleh mengambil makanan yang boleh menyejukkan tubuh badan anda.

ADVERTISEMENT

Berikut merupakan 4 jenis hidangan penyejuk badan yang segar dan boleh dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan dapur sedia ada.

1.Buah-Buahan Segar

Buah-buahan segar merupakan pilihan utama yang terbaik bagi penyejuk badan. Di dalam buah-buahan segar sebenarnya terdapat banyak air dan nutrisi penting bagi membantu menjaga tubuh badan kita yang sudah terhidrasi.

Antara buah-buahan segar yang anda boleh cuba adalah tembikai, anggur, dan buah-buahan beri.

2. Sayur-Sayuran

Sayuran seperti timun, lobak, tomato dan selada adalah makanan penyejuk badan yang baik.

Tambahan, ini kerana di dalam sayur telah mengandungi banyak air dan memberikan kesan sejuk pada badan kita.

cuaca panas

3. Air Masak Atau Jus

Seperti mana yang kita tahu minuman juga penting untuk tubuh badan kita kerana dapat mengekalkan hidrasi.

Malah, air masak merupakan pilihan terbaik dan anda juga boleh mencuba minuman lain seperti jus buah segar, lemonade sejuk atau teh herbal sejuk.

Namun, minuman seperti beralkohol dan minuman berkafein seharusnya dielakkan kerana ia akan menyebabkan dehidrasi di dalam tubuh badan.

cuaca panas

4. Aiskrim Dan Ais Buatan Sendiri

Hidangan penyejuk badan yang terakhir adalah aiskrim atau ais buatan sendiri seperti ais batu campur dan ais kacang.

Ais buatan sendiri dapat dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan segar dan sihat. Anda boleh menggunakan buah-buahan seperti pisang, strawberri atau mangga bagi membuat perisa ais buatan sendiri yang menyegarkan.

BACA: Ini Tip Untuk Kekal Cergas Ketika Cuaca Panas

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas