Connect with us

Oh! Media

Ejen Hartanah Akan Buat Permohonan Maaf Dekat Isa Isarb?

Isa Isarb

Trending

Ejen Hartanah Akan Buat Permohonan Maaf Dekat Isa Isarb?

Sebelum ini kami ada melaporkan yang Youtuber, Isa Isarb tampil perjelas panjang lebar mengenai dakwaan kononnya beli sebuah banglo mewah tapi sebenarnya sewa saja.

ADVERTISEMENT

BACA: “Awak Patutnya Bukan Hubungi Ejen” – Isa Isarb Akhirnya Perjelas Panjang Lebar Isu Tipu Beli Rumah RM9.7 Juta

Terbaru! Individu yang dipercayai adalah ejen hartanah itu tidak berdiamkan diri dan tampil membalas kenyataan menerusi Facebook.

Isa Isarb rumah

Pasal hartanah ini jangan kencing. Itu saja mahu cakap. Abam ada tips sebenarnya nak tahu sama ada pempengaruh itu betul-betul beli rumah atau sekadar menyewa.

Pertama sekali sebelum membeli, mereka akan buat konten pasal survey rumah. Ini mesti, dia akan wajib buat. Tak perlu susah-susah fikir nak buat konten apa.

Sebabnya nak beli rumah juta-juta, tambah lagi nak beli property RM10 juta.

Mesti dia akan survey rumah sekurangnya 10 hingga 20 buah rumah. Banyak property juta-juta kat Malaysia ini yang sesuai buat konten.

Beli kereta tak sampai sejuta ada pula buat konten pergi kedai kereta, pergi signing dapat kunci ikat reben. Padahal kereta tak semahal rumah melainkan rumah itu rumah sewa.

Tiba-tiba konten sudah dalam rumah. Tiada konten proses pembelian rumah, tak akan nak buat konten cari rumah sewa pula nanti kena kutuk dengan follower.

Bukan tu jer, individu itu juga berkata yang ejen atau peguam mesti dah hebahkan perkara ini sekiranya Youtuber itu sudah membeli rumah itu.

Lagipun individu itu juga mendakwa dia yang buat carian hak milik di pejabat tanah tapi pemiliknya bukanlah atas nama Isa Isarb.

Satu lagi saya ada buat carian hak milik di pejabat tanah memang bukan dia pemilik sebenar.

Kalau betul dia sudah beli mesti ada record Ccris bank negara yang dia ada apply pinjaman atau pinjaman belum selesai walaupun beli sewa sambung bayar.

Ejen hartanah itu juga menuntut supaya Isa tunjuk bukti jual beli yang sudah dibuat untuk tidak memanjangkan isu ini dan dia akan buat permohonan maaf.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas