Connect with us

Oh! Media

Selamba Pijak Anak Orang, Netizen Geram Bapa Leka Main Telefon

Oh! Tidak

Selamba Pijak Anak Orang, Netizen Geram Bapa Leka Main Telefon

Tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak yang selamba memijak muka kanak-kanak lain ketika bermain air di Taman Tasik Titiwangsa.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tu Bapak Saya” – Mengaku Anak Tiri Zahid Hamidi, Scammer Kena ‘Sekolah’ Dengan Nurul Zahid

Ibu mangsa menerusi satu perkongsian di Facebook meluahkan rasa kecewa dengan sikap bapa kanak-kanak itu yang dipercayai hanya lepas tangan dan tak memantau aktiviti anak di situ.

Muka anak kena pijak

anak

Menurut wanita tersebut, suaminya telah membawa ketiga-tiga anak mereka bermain air sementara dirinya bertugas di PWTC. Ketika suaminya sedang merakam anak-anaknya, datang seorang budak perempuan bertindak memijak muka salah seorang anak lelakinya.

Suami aku terus tarik tangan budak tu dan marah sebab buat macam tu. Bila cari parents dia, suami aku kata hanya nampak bapa dia (budak perempuan) itu leka main telefon, mak budak itu tak ada.

Rata-rata netizen di ruang komen meluahkan rasa geram dan kecewa terutama sekali buat ibu bapa budak perempuan tersebut kerana leka dalam menjaga anak.

anak
anak

Ya Allah, nasib adik tu tak jadi apa-apa. Tolong ibu bapa di luar sana pastikan korang sentiasa awasi tingkah laku anak-anak.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas